saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/05/2014

PRK Bukit Gelugor: BN akan sokong calon Bebas?

NAY PYI TAW 11 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membayangkan kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan menyokong seorang calon bebas yang ‘mesra BN' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, tindakan untuk menyokong seorang calon Bebas yang ‘mesra BN’ adalah berikutan keputusan MCA untuk tidak bertanding pada PRK Bukit Gelugor.

Beliau menjelaskan, BN tidak akan memberikan laluan mudah kepada parti DAP untuk mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan, yang sebelum ini diwakili mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia dalam satu kemalangan pada 17 April lalu.

“Mungkin ada calon lain yang akan bertanding, kita tengoklah siapa yang akan bertanding. Tak mungkin BN akan memberi laluan percuma kepada DAP pada PRK tersebut," tegasnya dalam sidang akhbar kepada pemberita pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-24, di sini hari ini.

Semalam, MCA memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini, dengan penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei manakala pengundian awal 21 Mei.

Keputusan tidak bertanding itu telah diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menjelaskan ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat parti berkenaan pagi ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, beliau menerima keputusan parti MCA untuk tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor.

“Kita terima hasrat MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana MCA dalam proses pengukuhan dan penting bagi MCA untuk teruskan proses ini supaya dapat menjadi sebuah parti yang lebih disegani dengan kekuatan yang bertambah," jelas beliau.

“Maka saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai sebuah parti politik dalam BN," jelas beliau.

Ditanya sama ada perkara yang serupa akan berlaku dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Najib menegaskan, itu tidak akan berlaku.

“Di Teluk Intan, kita ada calon dan BN akan bertanding," tambahnya.

Kerusi Parlimen Teluk Intan menjadi kosong ekoran Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei, dengan proses penamaan calon 19 Mei, manakala pengundian awal 27 Mei. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.