saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/05/2014

Persaingan 4 penjuru di Bukit Gelugor

PULAU PINANG 12 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya negeri, Anuar Yahya selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Pinang di sini, tamat pada pukul 10 pagi ini.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan akan bertanding menentang anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo yang mewakili DAP selain dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Cheng Guan yang diiringi kira-kira 50 penyokongnya pertama sampai ke pusat penamaan calon pada pukul 8.38 pagi disusuli Mohamed Nabi Bux yang merupakan ahli Pas cawangan Gombak, Selangor pada pukul 8.50 pagi.

Ramkarpal pula yang diiringi hampir 500 ahli DAP dan pakatan pembangkang tiba pada pukul 9 pagi sebelum seorang lagi calon Bebas, Abu Backer Sidek mengejutkan banyak pihak menghantar borang pencalonan pada pukul 9.40 pagi.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek menggunakan simbol kuda.

Sementara itu, calon yang mewakili People Front Party (PFP), Lim Chee Khoon yang tiba pada pukul 9.50 pagi tidak dibenarkan bertanding kerana gagal menyediakan deposit pilihan raya mencukupi.

Seorang lagi calon Bebas, Mohd. Yacoob Mohd. Noor, 26, juga tidak dibenarkan bertanding selepas gagal menyediakan pencadang dan penyokong meskipun tiba lebih awal di pusat penamaan calon.

Dalam pada itu, proses penamaan calon itu sedikit kecoh selepas calon Bebas, Abu Backer Sidek didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa individu serta petugas media.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandang yang juga bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Perak pertengahan bulan lalu.

Sebanyak 82,431 pengundi berdaftar akan membuang undi dalam PRK berkenaan membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Air Itam, Seri Delima dan Paya Terubong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.