saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/05/2014

Calon Bebas guna teksi berkempen

Abu Backer Sidek Mohd. Zan (kiri) berkempen dengan menggunakan teksi ketika menemui pengundi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 13 Mei - Bagi menarik perhatian pengundi, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini tampil menggunakan perkhidmatan teksi dalam bergerak untuk berkempen.

Sebanyak 10 buah teksi disewa Abu Backer Sidek untuk digunakan dalam siri jelajah bertemu pengundi di kawasan Bukit Gelugor dekat sini bagi memperkenalkan dirinya.

“Biarpun mempunyai kende­raan sendiri, saya sering menggunakan perkhidmatan teksi dan adalah bagus sekiranya kita dapat membudayakan penggunaan pe­ngangkutan awam dalam kalangan masyarakat.

“Namun, sebelum itu, kita perlu menyelesaikan masalah-masalah yang sering membelenggu perkhidmatan pengangkutan awam ini khususnya dalam kalangan pemandu teksi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Abu Backer, isu seperti pemandu tidak menggunakan meter harus diperhalusi supaya penyelesaian terbaik dapat diambil, bukan menjadikan pemandu teksi sahaja sebagai sasaran terhadap kesalahan terbabit.

“Bagi saya keengganan pemandu teksi menggunakan meter mungkin kerana sebab-sebab yang munasabah. Mereka bukan sengaja mahu melanggar peraturan dan undang-undang tetapi dibelenggu oleh pelbagai kekangan yang sehingga kini belum diselesaikan," katanya.

PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Abu Backer bersama tiga calon lain iaitu Ramkarpal Singh Deo yang mewakili DAP; Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan seorang ahli Pas yang bertan­ding atas tiket Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abu Backer memberi­tahu, beliau yakin mampu merampas kerusi Parlimen Bukit Gelugor berkenaan.

“Insya-Allah, saya sasarkan 60 peratus kemenangan akan berpihak kepada saya, namun fokus utama saya ketika ini adalah untuk bertemu dengan para pengundi Bukit Gelugor bagi menyelami permasalahan mereka sekali gus memper­kenalkan diri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.