saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/05/2014

Dr. Mahathir bidas Anwar

DR. MAHATHIR Mohamad (kanan) menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang Pembangunan Politik daripada Rektor Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Kamarudin Hidayat di Jakarta, Indonesia, semalam. - UTUSAN/SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan ceramah mengenai tamadun dan nilai-nilai Islam di sebuah universiti di negara ini baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau hairan bagaimana Anwar sanggup berbuat demikian sedangkan hakikatnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan de­ngan masalah moral.

“Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktis sekurang-kurangnya tak buat yang dilarang oleh agama. Saya hairan kenapa diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tak ada hak sama sekali," kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr. Mahathir juga hairan dengan tindakan penganjur yang sanggup mengundang orang seperti Anwar untuk me­nyampaikan ceramah agama.

Dr. Mahathir berkata, ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ceramah ‘Executive Lecture’ dengan tajuk Islamic Va­lues and The Revival of Muslim Ummah di kampus Universiti Al Azhar Indonesia. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.