saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/05/2014

Setiausaha Politik Khalid Ibrahim diberi surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR 15 Mei - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mustapha Mohd. Talib adalah antara lapan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keahlian serta-merta sehingga satu siasatan selesai kerana melanggar tata etika lembaga disiplin parti berkenaan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata, Mustapha didakwa membuat ugutan untuk menamatkan perkhidmatan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, S. Manikavasagam melalui satu perbualan telefon kepada pembantu bekas Ahli Parlimen Kapar itu.

Katanya, selain Mustapha, Manikavasagam yang juga calon Ketua Cabang Kuala Selangor turut dikenakan tindakan yang sama kerana membuat kenyataan secara terbuka menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dengan politik wang.

"Manikavasagam diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai kerana beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Abdul Khalid melakukan politik wang dalam pemilihan Cabang Kuala Selangor.

"Kenyataan ini telah disiarkan dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei lalu dan dalam Utusan Malaysia keesokannya. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.