saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 20/05/2014

Calon bebas Abu Backer Sidek buat kecoh

GEORGE TOWN 20 Mei - Calon Bebas pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Lebuh Light, di sini berikutan tidak dibenar berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Abu Backer Sidek, 46, tiba di depan pintu pagar DUN Pulau Pinang pada 1 tengah hari untuk menghantar surat jemputan kepada Lim bagi menghadiri ceramah penerangan tentang hukum hudud dianjurnya dalam siri kempennya yang akan diadakan 23 Mei ini di Farlim, Air Itam.

Beliau yang dihalang sekumpulan pengawal keselamatan yang bertugas di DUN berkenaan untuk bertemu ketua menteri kemudian bertindak menahan kereta yang dinaiki Lim bersama-sama pembantunya yang ketika itu mahu meninggalkan dewan.

Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta Lim yang tidak mahu berhenti, beliau nekad meluru ke arah kereta itu menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP bagaimanapun tidak keluar daripada keretanya sebaliknya terus beredar dari kawasan itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.