saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/05/2014

Bantah sikap Guan Eng, Abu Backer ‘pengsan’ di bawah kereta rasmi Ketua Menteri

ABU Backer Sidek Mohamad Zan berbaring di bawah kenderaan rasmi Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 20 Mei - Calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan terus mencuri perhatian selepas berbaring di bawah kenderaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Abu Backer Sidek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati apabila usahanya untuk bertemu Guan Eng gagal selepas Ketua Menteri itu enggan melayan permintaannya.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang ketika Guan Eng mahu meninggalkan bangunan DUN itu menyebabkan kesesakan teruk selepas orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat kekecohan tersebut.

Anggota polis juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk memujuk Abu Backer Sidek bangun kerana peguam berkenaan berlakon pengsan.

Terdahulu, Abu Backer Sidek tiba lebih awal untuk berjumpa Guan Eng bagi membawa isu mengenai kebajikan pemandu teksi di negeri itu yang disifatkan beliau tidak dilindungi.

Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak berjaya selepas pegawai Guan Eng memintanya mengadakan temu janji pada hari lain memandangkan Ketua Menteri perlu menghadiri sidang DUN.

Namun, Abu Backer Sidek yang tidak berpuas hati telah keluar dari bangunan DUN sebelum berbaring di bawah kenderaan rasmi Guan Eng.

Sebelum ini, Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam turut dihalang berjumpa Guan Eng di pejabat Ketua Menteri di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dekat sini.

Semalam, beliau juga mencuri perhatian selepas menangis dalam sidang akhbar kerana mendakwa diboikot media tempatan sepanjang kempennya dalam PRK berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.