saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/05/2014

Rayer disifatkan sebagai biadab Muhyiddin

Muhyiddin Yassin disambut oleh penduduk Orang Asli pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Orang Asli Pos Erong, Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, semalam. Turut sama, Zambry Abd. Kadir (kanan).

TELUK INTAN 23 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, Pulau Pinang, RSN Rayer sebagai bersikap kurang ajar apabila menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’.

Menurut beliau, cercaan tersebut tidak bersopan dan beradab serta memalukan parti yang diwakili oleh Ketua Penyokong Kerajaan Pulau Pinang itu.

Beliau yang dukacita dengan cercaan Rayer berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan satu lagi sikap buruk pemimpin parti pembangkang.

"Saya dukacita dengan sikap pemimpin rakyat pembangkang ini. Dia bersikap kurang ajar dan tidak bersopan.

"Walaupun dia boleh berkata apa sahaja, tetapi kita mestilah ada adab, mesti tertib dan berdisiplin. Tindakan beliau memalukan parti beliau sendiri," katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama rakyat di Kampung Orang Asli Erong dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Mengenai tindakan Rayer yang bukan sahaja enggan meminta maaf malah semakin biadab apabila mengulangi celaan yang sama dalam ceramah terbuka DAP di Pulau Pinang semalam, Muhyiddin berkata, itu menunjukkan sikap wakil rakyat pembangkang tersebut yang tidak bersopan dan tidak menghormati parti lain.

"Tidak sewajarnya perkataan itu diungkapkan berkali-kali. Walaupun dia bencikan UMNO, sejarah sudah membuktikan UMNO sudah lama berjuang dan lebih banyak jasa daripada DAP dan lain-lain parti.

"Kalau ada perkara yang mereka tidak puas hati, ada cara, disampaikan dengan penuh adab dan bersopan santun," katanya.

Mengenai kekecohan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kelmarin selepas sekumpulan 100 Pemuda UMNO Negeri merempuh masuk ke bangunan berkenaan untuk meminta penjelasan daripada Rayer berhubung kenyataan biadabnya itu, Muhyiddin berkata, ia adalah reaksi semula jadi apabila parti dicabar.

Menurutnya, mereka yang dicabar sudah pasti tidak akan berdiam diri apatah lagi golongan muda yang bersemangat untuk mempertahankan maruah parti.

"Apa yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan adalah reaksi spontan mereka untuk mempertahankan maruah dan imej parti.

"Namun kita ada undang-undang dan ia harus dipatuhi dan aspek ini harus diberikan perhatian," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.