saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/05/2014

Saya bukan ahli Pas - Adam Corrie

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pelakon Adam Corrie Abdullah, 46, kesal apabila ada stesen televisyen (TV) swasta yang seperti menyenaraihitamkan namanya gara-gara kerana dia dikatakan ahli Pas.

Corrie yang merupakan seorang mualaf berkata, itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pada tahun lepas pelakon filem KL Gangster 2 itu juga pernah mengalami masalah yang sama tetapi selepas dia membuat pengakuan, maka barulah drama lakonannya disiarkan.

"Di sini saya mahu menjelaskan bahawa saya bukannya ahli Pas atau parti politik lain. Saya cuma seorang pelakon tetapi apabila ada orang mengatakan saya kononnya ahli Pas maka drama lakonan saya disekat daripada ditayangkan di TV seperti RTM pada tahun lepas dan TV3 pada tahun ini.

"Isu ini bermula pada tahun lepas dan sekarang berlaku lagi. Keadaan ini menyebabkan saya susah untuk mencari makan yang mana tawaran untuk berlakon juga sudah tiada sejak kebelakangan ini. Tahun lepas saya tiada tawaran berlakon selama sembilan bulan kerana isu ini.

"Contohnya baru-baru ini, telemovie lakonan saya bertajuk Zikir Tanpa Bibir telah ditahan tayangannya daripada disiarkan di TV3 kerana dalam cerita itu ada lakonan saya. Saya diberitahu ia tidak dapat ditayangkan kerana saya dikatakan ahli Pas," katanya di sini hari ini.

Dia bagaimanapun tidak pasti daripada manakah timbulnya fitnah itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Buat masa ini saya mahu buat penjelasan ini terlebih dahulu bagi membersihkan nama saya. Selepas itu, saya akan menyiasat pihak manakah yang telah menyebarkan khabar angin ini," ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.