saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/07/2014

'Langkah Kajang' jauh tersasar

KUALA LUMPUR 6 Julai - Akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli supaya tidak berselindung di sebalik 'Langkah Kajang' demi menjayakan agenda peribadinya untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, 'Langkah Kajang' yang dicipta Rafizi pada asalnya bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, matlamat 'Langkah Kajang' kini telah jauh tersasar sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi PKR.

"Rafizi ingin merealisasikan 'Langkah Kajang' di dalam pemilihan parti bagi menggantikan Abdul Khalid dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

"Kita di peringkat akar umbi kesal dan kecewa dengan usaha mendesak Abdul Khalid meletak jawatan. Sepatutnya 'Langkah Kajang' tidak berlaku demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Razali mengulas tentang kemelut dalaman yang semakin parah di dalam PKR berikutan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Selangor melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Rafizi dikritik hebat dari dalam dan luar parti berikutan 'Langkah Kajang' yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan Abdul Khalid telah menjejaskan perpaduan PKR.

Tambah Razali, pelbagai masalah yang berlaku sepanjang pemilihan parti juga menyebabkan idea asal 'Langkah Kajang' dilihat hanya retorik semata-mata.

"Kami tertanya-tanya adakah 'Langkah Kajang' yang didalangi Rafizi itu bertujuan mengelirukan rakyat atau kami di peringkat akar umbi," ujarnya.

Beliau turut meminta Abdul Khalid agar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor walaupun terpaksa berdepan tekanan yang luar biasa dari dalam parti.

Razali menegaskan, Abdul Khalid tidak seharusnya mengalah kerana tindakan itu akan menjejaskan imej PKR bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

"Kita berharap Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut bakal menggantikannya," jelasnya.

Beliau juga percaya tiada alasan bagi mewajarkan tindakan menggantikan Menteri Besar Selangor kerana Abdul Khalid dilihat mempunyai rekod yang baik sepanjang mentadbir negeri itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.