saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/08/2014

Saari sedia jadi wakil Bebas, Hasnul yakin rakyat setuju

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungib bersedia menjadi wakil rakyat Bebas jika tindakannya menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar dianggap bertentangan dengan pendirian parti.

ADUN Hulu Kelang yang menye-dari Pas Pusat hanya akan membuat keputusan dalam isu Menteri Besar pada Ahad ini tidak gentar menyatakan sokongannya lebih awal setelah mengambil kira semangat setia kawan dalam pakatan pembangkang.

''Saya bersedia untuk membuat penjelasan kepada Pas Pusat jika diminta berbuat begitu,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saari dan seorang lagi ADUN Pas Selangor, Hasnul Baharuddin hari ini menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Saari, mereka berbuat demikian kerana ''dasar Pas yang bersama-sama pakatan pembangkang.''

Sementara itu, ditanya apakah tindakannya jika Pas Pusat menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, Saari berkata, beliau berpegang kepada akuan yang telah ditandatanganinya itu.

''Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar Pas untuk bersama-sama pakatan pembangkang dan polisi ini saya sokong untuk membolehkan pakatan pembangkang terus memerintah dan mentadbir Selangor,'' katanya.

Beliau juga yakin baki 13 ADUN Pas lain akan mengikut jejak langkahnya dan mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat Pas pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus bersama pakatan pembangkang.

Sementara itu, Hasnul pula mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sudah tidak mendapat sokongan majoriti berbanding Wan Azizah.

Beliau yang juga ADUN Morib yakin, akar umbi bersetuju de-ngan langkah yang diambilnya itu meskipun tidak menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.

''Sekiranya Pas Pusat tidak mahu Wan Azizah, itu terpulang kepada perbincangan Ahad nanti, kuasa bukan hanya terletak pada parti tetapi terletak pada persetujuan Sultan Selangor.

''Tetapi jika kita bincang sebaik-baiknya saya yakin kita semua akan mendapat keputusan terbaik untuk semua terutama rakyat, apa yang penting Abdul Khalid mesti turun (melepaskan) daripada jawatan itu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.