saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/08/2014

Saari Sungib mungkin langgar baiah

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib mungkin melanggar baiah bersama Pas sekiranya beliau memutuskan untuk keluar parti semata-mata kerana keengganan Pas Pusat menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pelanggaran baiah berlaku apabila seorang pemimpin atau ahli Pas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.

Menurut beliau, Saari juga tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan Pas tanpa melalui proses pendengaran di hadapan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

"Proses itu kebiasaannya memakan masa yang agak lama demi memberi keadilan kepada Saari dan Pas," katanya dalam sidang akhbar di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Aidit Ghazali di sini hari ini.

Hari ini, Saari dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin mengumumkan sokongan mereka terhadap Wan Azizah sekali gus mengetepikan pendirian Pas Pusat yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Saari menyatakan beliau bersedia untuk menjadi wakil rakyat Bebas jika Pas Pusat enggan menyokong Wan Azizah manakala Hasnul pula mahu Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sudah tidak mendapat sokongan majoriti.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan berpandangan, Pas Pusat sewajarnya merujuk kepada Majlis Syura Ulama parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos ini.

Beliau memberitahu, langkah itu adalah perlu berikutan status Abdul Khalid yang kini bukan lagi ahli PKR.

"Rujuk semula kepada Majlis Syura Ulama Pas kerana perkara ini melibatkan dasar dan kesinambungan yang jauh tentang masa depan parti," jelasnya.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyarankan Pas Pusat membincangkan pada mesyuarat berkenaan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap beberapa pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian parti berhubung isu Menteri Besar Selangor.

"Ada di antara mereka bersikap 'kurang ajar' apabila menyatakan pendirian Pas menyokong Abdul Khalid hanyalah pendirian peribadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta mendakwa Presiden Pas itu tiada kuasa veto," katanya.

Berhubung cadangan agar salah seorang ADUN dari Pas dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, beliau berkata, tiada dokumen bertulis yang menyatakan bahawa jawatan itu adalah hak PKR.

"Perkara itu sebenarnya berdasarkan persefahaman sahaja dan bukannya peraturan yang menetapkan bahawa jawatan tersebut milik PKR," jelasnya.

Hasan juga yakin Abdul Khalid mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk keluar daripada kemelut perebutan jawatan Menteri Besar dan mencari kaedah terbaik yang boleh memuaskan hati semua pihak serta tidak menelan kos yang tinggi.

Menurut beliau, Pas juga tidak seharusnya terpengaruh dengan permainan psikologi DAP yang menjangka Pas bukan sahaja akan kalah teruk dalam pilihan raya malah boleh terhapus sekiranya memutuskan untuk keluar dari pakatan pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.