saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/08/2014

Tindakan tegas terhadap Saari, Hasnul - Pas Wilayah

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Desakan supaya tindakan tegas dikenakan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan pucuk kepimpinan dengan memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor terus disuarakan oleh pemimpin parti tersebut.

Desakan terbaharu itu dibuat oleh Pas Wilayah Persekutuan menerusi satu aduan rasmi dikemukakan kepada Pas Pusat dengan menyifatkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin sebagai 'menderhaka' keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad yang menggariskan lima alasan dalam tuntutan agar Pas mengenakan tindakan sewajarnya ke atas kedua-dua ADUN berkenaan berkata, mereka mengkhianati keputusan parti apabila memberikan sokongan yang ditafsirkan secara langsung atau tidak langsung menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

''Mereka bertindak menderhakai secara sengaja terhadap keputusan oleh Majlis Syura Ulama yang merupakan institusi teras kepada Pas. (Kedua-duanya) secara literal dan teknikal telah memberikan wala' (ketuaan) kepada institusi yang bukan daripada Pas dalam suasana parti memerlukan sokongan padu daripada pelbagai lapisan kepimpinan dan ahli,'' katanya dalam satu kenyataan yang turut disiarkan dalam laman sosial Facebook Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, Saari dan Hasnul patut dipecat kerana melanggar disiplin jemaah parti serta mendahului arahan pemimpin Pas.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed pula menganggap tindakan sewajarnya perlu dikenakan dengan tidak menolak tindakan pemecatan akan dibuat terhadap kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

Mohamad Noor turut menyifatkan Saari dan Hasnul bertindak biadab terhadap partinya sendiri dengan memberikan kenyataan yang secara teknikalnya satu ugutan untuk keluar daripada Pas jika parti itu tidak mengikut kemahuan mereka sekali gus merupakan satu penghinaan terhadap kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Mursyidul Am serta Presiden Pas.

Katanya, sikap dua wakil rakyat berkenaan merupakan satu pendahulu yang tidak baik dan boleh mengundang bencana kepada gerakan Islam Pas yang amat menitikberatkan aspek tarbiah sebagai teras perjuangannya.

"Ia boleh mencorakkan teladan kepada generasi selepas ini sekiranya tidak ada tindakan yang keras dan signifikan diambil,'' tegasnya.

Beliau seterusnya mengumpamakan Saari dan Hasnul sebagai virus berbahaya yang perlu ditangani kerana dikhuatiri akan berkembang dalam gerakan Islam parti berkenaan.

"Pas Wilayah Persekutuan dengan ini juga turut mendesak agar tindakan yang segera mesti diambil di bawah Fasal 82 Perlembagaan Pas ke atas kedua-dua ADUN tersebut untuk mengelakkan virus aids haraki ini terus merebak dalam gerakan Islam Pas ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.