saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/09/2014

PAP bertanding dalam PRU-14

ZULKIFLI Mohd. Noor (tiga dari kiri) bersama pemimpin kanan PAP mengangkat tangan pada sidang akhbar di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/ SAZALI CHE DIN

PULAU PINANG 16 Sept. - Parti Alternatif Rakyat atau People's Alternative Party (PAP) berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang bagi menjadi suara ketiga kepada rakyat yang tidak lagi percayakan parti-parti besar di negara ini.

Bagi mencapai hasrat itu, permohonan pendaftaran PAP telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan ia menepati Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 sebelum majlis pelancaran rasminya dirancang diadakan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Setiausaha Organisasi PAP, Rahmad Isahak berkata, pendaftaran parti yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu diharap akan diluluskan segera kerana ia mematuhi semua ciri-ciri yang ditetapkan ROS.

"Selepas PRU-13, kami telah menjelajah ke seluruh negara dan mendapat maklum balas daripada rakyat bawahan bahawa perlunya wujud sebuah parti baharu yang akan menjadi suara ketiga kepada mereka.

"Oleh itu, penubuhan PAP tepat pada masanya untuk menjadi pelindung kepada rakyat yang mahukan suara mereka didengar oleh pucuk pimpinan pusat dan negeri serta kerajaan yang memerintah sekarang," katanya di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar penubuhan jawatankuasa penaja PAP di Bayan Baru dekat sini hari ini.

Tambah Rahmad, PAP bergerak atas semangat tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak dan berharap akan menjadi parti pilihan rakyat.

Jelasnya, tunjang perjuangan parti itu adalah mempertahankan Raja-raja Melayu yang berpaksikan perlembagaan serta menjaga hak keistimewaan orang Melayu tanpa mengenepikan hak kaum lain.

"Kami menolak suara-suara sumbang yang mendakwa parti ini ditubuhkan atas usaha pihak-pihak tertentu kerana jawatankuasa penaja parti ini adalah bekas ahli pelbagai parti yang ada," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.