saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/09/2014

ROS perlu arah pemilihan CEC DAP ikut senarai asal

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu mengikut senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan seperti yang diadakan pada 15 Disember 2012.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menggesa perkara itu berkata, pelantikan Setiausaha Agung DAP dan lain-lain jawatan yang sah juga wajar dilakukan mengikut senarai pemilihan CEC seperti pada tarikh itu.

Berikut kenyataan penuh Choo Keong :

Semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, pihak urus setia DAP mengisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 865 cawangan. Semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, pihak urus setia DAP, Ong Kian Meng pula isytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.

Ternyata 120 cawangan baharu yang belum didaftar secara sah telah hadir pada pemilihan semula CEC pada 29 September 2013. Maka oleh sebab itulah, Setiausaha Agung DAP yang belum sah, Lim Guan Eng telah menghantar Anthony Loke dan Vincent Wu pada 24 September 2014 untuk menggesa pihak ROS meluluskan pendaftaran 120 cawangan yang hadir pada pemilihan semula pada 29 September 2013.

Dengan fakta-fakta tersebut, maka pemilihan semula CEC pada 29 September 2013 adalah tidak sah sebab 120 cawangan yang belum didaftar telah hadir dan mengundi.

ROS perlu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC mengikut senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan yang berdaftar dengan ROS dan mengikut senarai pemilihan CEC 15 Disember 2012 untuk melantik Setiausaha Agung dan lain-lain jawatan yang sah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.