POLITIK
ARKIB : 09/10/2014
Dewan Ulama Pas bantah pesta arak Oktoberfest

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Dewan Ulama Pas Pusat membantah sekeras-kerasnya festival arak, Oktoberfest anjuran Carlsberg yang dirancang diadakan di tempat letak kereta, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 10 hingga 12 Oktober ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang telah mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.
Katanya, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datin Alinah Ahmad mengesahkan pihaknya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan festival itu diadakan termasuk promosi melalui papan iklan turut dilarang.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada MBPJ dan pihak PBT yang lain ekoran bertindak berani dan bijak tidak meluluskan pesta arak itu.
"Menurut Alinah, pihaknya bertindak menurunkan iklan di jalan raya selepas mendapati pihak penganjur pesta tersebut dengan tanpa kebenaran telah menaikkan iklan berkenaan," katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan pesta arak kepada Alinah di pejabatnya di sini hari ini.
Yang turut hadir bersama-sama menyerahkan memorandum adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad.
Nasrudin berkata, tindakan penganjur untuk mengadakan pesta tersebut secara terbuka telah mencabar sensitiviti umat Islam terutama sewaktu rakyat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.
Beliau seterusnya mempersoalkan motif penganjur mengadakan pesta itu secara terbuka berbeza dengan sebelum ini yang menganjurkan pesta seumpama itu di tempat tertutup.
Dalam hubungan itu, katanya, Dewan Ulama Pas mendesak pihak pengurusan One Utama dan penganjur memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran telah mempromosikan festival arak itu secara besar-besaran tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Selain itu, jelasnya, Pas juga mahu semua aktiviti promosi festival dihentikan serta merta kerana tindakan itu memberi implikasi buruk yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia.
"Kita menghormati agama lain, begitu juga agama lain perlu menghormati Islam apatah lagi Islam itu agama Persekutuan negara ini. Oleh itu mengapa tidak pesta ini dilakukan secara tertutup supaya tidak mengganggu sensitiviti umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohd. Khairudin menjawab kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan berkata, pesta yang diadakan secara terbuka pasti tiada jaminan bahawa tidak akan ada orang Islam yang lalai dalam Islam turut serta.
Tony Pua menerusi kenyataan terbarunya dalam sebuah portal propembangkang cuba mengingatkan rakyat Malaysia kononnya meminum arak bukan satu perkara yang memeranjatkan malah aktiviti itu tidak akan disertai oleh orang Islam.
Pesta arak Oktoberfest itu telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini.
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












