saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/10/2014

Pas Pusat pertahan Iszuree

PULAU PINANG 9 Okt. - Pendirian Pas negeri yang cenderung memihak kepada DAP apabila mengarahkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim supaya memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kerana mengkritik polisi kerajaan negeri mendapat reaksi berbeza daripada wakil pimpinan Pas Pusat.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyentuh isu berkenaan dalam ceramahnya di sini malam tadi berpendapat, kritikan Iszuree terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke- 60 di Batu Pahat, Johor baru- baru ini merupakan 'amalan biasa' yang harus diterima secara berlapang dada.

Katanya, sesiapa yang sering menghadiri ke muktamar akan mendapati bukan sesuatu yang pelik apabila terdapat perwakilan mengkritik keputusan parti.

"Ini kerana ia merupakan medan terbaik untuk membangkitkan masalah rakyat dan pemimpin pakatan harus melihatnya (kritikan) dari sudut positif," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak bermaksud untuk mempertahankan Iszuree yang kini dihukum Kerajaan DAP Pulau Pinang dan menjadi Ahli Majlis yang tidak berfungsi, namun pakatan pembangkang harus melihat prinsip yang sering dilaung-laungkan selama ini.

"Jika kita mendakwa mengamalkan konsep terbuka, maka perkara itu harus dilaksanakan. Kalau dilihat secara positif, tidak ada masalah tetapi apabila tafsiran negatif dibuat, maka ia menjadi negatif," katanya.

Mengenai dua pilihan yang diberikan kepada Iszuree untuk menyelesaikan isu berkenaan termasuk arahan memohon maaf, Tuan Ibrahim secara kiasan membandingkan perkara itu dengan situasi serupa yang pernah dialami ulama terkenal Mesir, Abu Muhammad Izzuddin Abdul Aziz yang juga seorang Mufti satu masa dahulu.

Cerita Tuan Ibrahim, dalam satu khutbah yang disampaikan oleh tokoh berkenaan, ia telah menyentuh isu ekonomi yang tidak disenangi Gabenor sehingga jawatannya dilucutkan dan dibuang negeri ke Palestin.

"Dalam perjalanannya ke Palestin, ribuan penduduk Mesir menyertainya sehingga menimbulkan kebimbangan pemerintah dan akhirnya mereka menghantar wakil mengarahkan Abu Muhammad Izzuddin memohon maaf dan mencium tangan Gabenor dan isu itu akan dianggap selesai," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Abu Muhammad Izzuddin bertegas tidak akan berbuat demikian dan beliau tidak akan memohon maaf kepada Gabenor kerana menyampaikan perkara benar.

"Akhirnya Gabenor akur dan beliau kembali diberi semula jawatan menjadi Mufti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.