saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/10/2014

Iszuree sedia hadapi sebarang tindakan

PULAU PINANG 9 Okt. - Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang digantung Kerajaan DAP negeri akan terus memastikan perjuangan wakil Pas dalam badan itu berterusan walaupun menerima asakan hebat daripada pihak tertentu.

Iszuree berkata, dari segi moral, beliau masih bersemangat untuk berkhidmat sekalipun peruntukannya dibekukan serta digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP.

"Saya akan pastikan apa yang diperjuangkan seperti pembinaan pasar awam bernilai RM20 juta di Teluk Kumbar yang sudah diluluskan akan berjalan seperti dirancang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya mengenai 'masa depan' dalam MPPP, Iszuree berkata, beliau berkemungkinan hanya bertahan sehingga hujung tahun ini kerana kontrak akan tamat selepas itu.

Sementara itu, menurut sumber dalaman Pas yang rapat dengan Iszuree, beliau dikatakan sudah berpatah arang kerana dilayan sedemikian rupa oleh Kerajaan DAP negeri dan tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar dan keputusan dibuat hanya berdasarkan berita yang dilaporkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini.

Menurut sumber itu, Iszuree bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dipecat kerana yakin beliau tidak bersalah dan hanya mempertahankan prinsipnya yang memperjuangkan isu rakyat di negeri ini.

Terdahulu dalam ceramahnya di Teluk Kumbar di sini malam tadi, beliau secara terbuka mengakui berasa terkilan dengan layanan yang diterima sejak isu itu tercetus.

Beliau menegaskan ucapannya pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat itu tidak memfitnah kerajaan negeri seperti yang didakwa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin.

"Apa yang saya bangkitkan sebenarnya telah dimaklumkan kepada mereka sejak April lalu termasuk kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon melalui penyerahan memorandum tetapi tiada maklum balas.

"Isu itu sekali lagi dibangkitkan ketika majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri namun mereka tetap berdiam diri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.