POLITIK
ARKIB : 10/10/2014
Lima NGO nyatakan sokongan terhadap Iszuree
GEORGE TOWN 10 Okt. - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyatakan sokongan terhadap anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim yang banyak memperjuangkan hak serta mempertahankan warisan penduduk asal di negeri itu.
Lima NGO itu adalah Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Persatuan Belia Wira Tanjong, Madrasah Al Taqwa Tanjong Tokong, Koperasi Setia Muafakat Tanjong Tokong dan Persekutuan Setia Tanjong Tokong.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahaya berkata mereka bersimpati dengan Iszuree kerana beliau telah disekat daripada berfungsi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Kami menyokong Iszuree kerana kerana keberanian beliau yang membela hak penduduk asal Pulau Pinang dan mempertahankan warisannya daripada dilupuskan oleh pemaju secara rakus dan kejam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Salleh berkata Iszuree telah bersama penduduk Tanjong Tokong sebelum kemenangan pakatan pembangkang pada 2008 dan beliau konsisten mempertahankan kampung-kampung warisan.
"Mengapa warisan penduduk asal dinafikan sedangkan kerajaan negeri mempertahankan warisan kolonial di George Town Tapak Warisan Dunia?," tanya beliau dengan nada kecewa.
Mohd Salleh berkata penduduk asal di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mewartakan kampung warisan yang berumur lebih 100 tahun.
"Kami mahukan dasar kerajaan negeri yang cekap, amanah dan telus dan laksanakan dasar untuk mengekalkan sebahagian kampung warisan yang berumur lebih 100 tahun supaya ia tidak dimusnahkan sepenuhnya," katanya.
Pada Rabu lepas, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai anggota Majlis MPPP.
Walau bagaimanapun, Iszuree yang juga Bendahari PAS negeri itu digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP dan peruntukan beliau dibekukan dan disalur kepada anggota Majlis daripada PAS, Mohd Nasir Yahya, serta diurus oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang. - BERNAMA
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












