saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/10/2014

Azmin baru sedar penganjur degil

KUALA LANGAT 10 Okt. - Menyedari 'kedegilan' penganjur pesta arak, Oktoberfest untuk memenuhi syarat-syarat ditetapkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengingatkan mereka supaya mematuhinya.

Menurutnya, setakat semalam, penganjur masih belum mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam untuk meneruskan pesta itu.

"Sehingga semalam, saya dimaklumkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka (penganjur) belum dapat kelulusan.

"Sebelum datang (mohon kelulusan) ke MBPJ, mereka perlu dapat kelulusan daripada polis dan kastam," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama penjawat awam daerah Kuala Langat, di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin bertegas membenarkan penganjuran Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Jelasnya, kerajaan negeri memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Ditanya sama ada status pesta berkenaan adalah haram sekiranya gagal memenuhi kesemua syarat, Mohamed Azmin enggan mengiyakan soalan tersebut.

Sebaliknya beliau mahukan penganjur supaya tidak memandang ringan perkara berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat hukuman awal. Biarkan mereka (penganjur) lalui kesemua proses permohonan.

"Penganjur mesti mendapat kelulusan daripada semua pihak termasuk polis, kastam dan pihak berkuasa tempatan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.