saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/10/2014

Pas tarik balik penyertaan dalam Majlis Perundingan Rakyat - Satiful Bahri

KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Pas mengambil langkah mengejut dengan menangguhkan penyertaan wakil-wakil mereka dalam Majlis Perundingan Rakyat (MPR) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri melalui pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat ketika mengumumkan pendirian itu menyarankan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempertimbangkan beberapa tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum kembali menyertai MPR.

"Keputusan ini dibuat setelah meneliti laporan ke atas perjalanan majlis ini daripada wakil Pas yang telah turut serta dalam beberapa siri program tersebut.

"Kami berpendapat dan menyarankan Menteri Besar agar mempertimbangkan tiga perkara berkaitan kepentingan rakyat dengan serius sebelum kami menyertai semula majlis ini," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MPR, satu insiatif yang membuka saluran kepada pelbagai pihak termasuk wakil-wakil pembangkang agar bersama-sama membincangkan perancangan dan pelaksanaan ke arah kemajuan dan peningkatan tahap kesejahteraan rakyat di samping memudahkan penyusunan belanjawan negeri.

Mereka diajak untuk bersama-sama memainkan peranan melalui keanggotaan dalam majlis itu dengan fokus kepada aspek pembangunan yang diperlukan dalam daerah masing-masing berasaskan aspirasi sebenar rakyat.

Menurut Satiful, antara lain pihaknya meminta kerajaan negeri memberi perakuan tandatangan wakil rakyat pembangkang dalam borang-borang permohonan oleh rakyat bagi diproses permohonan mereka oleh badan-badan kerajaan.

Di samping itu, Pas meminta agar kerajaan negeri meluluskan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang secara adil hasil daripada pilihan rakyat setempat selain meminta isu pengambilan tanah di Banggol Donas Manir diselesaikan.

Satiful menyifatkan permintaan itu memenuhi semangat majlis yang ditubuhkan oleh Menteri Besar iaitu berunding bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan penekanan dalam TTB.

"Salah satunya, transformasi politik iaitu mahu mendengar dan melibatkan rakyat dalam membuat keputusan. Juga bertepatan dengan salah satu daripada lapan prinsip asas kepada gagasan TTB ini iaitu 'inklusif' di mana Menteri Besar berjanji akan meraikan suara rakyat dalam pembangunan serta prinsip integriti," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.