saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/10/2014

Pemimpin DAP, PKR tidak peduli bantahan Pas

STATUS yang dimuat naik oleh Wong Chen (kanan) di dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kehadiran beberapa pemimpin kanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya malam tadi menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen yang menghadiri acara berkenaan menjelaskan, tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan hak golongan yang meminum arak.

"Saya tidak minum arak tetapi saya percaya bahawa kedua-dua golongan yang meminum arak dan yang tidak minum mempunyai hak masing-masing.

"Cuma jangan paksa orang lain mengikut kemahuan anda," katanya menerusi status pada laman Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, antara pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri acara Oktoberfest ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Majlis Pimpinan PKR, R. Sivarasa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Dewan Ulama Pas sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran acara Oktoberfest dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak penganjur kerana mempromosi pesta arak itu secara terbuka walaupun tidak mempunyai permit.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan menegaskan, pihak penganjur secara terang-terangan menyinggung sensitiviti umat Islam yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, setakat kelmarin, pihak penganjur masih belum mendapatkan kelulusan daripada polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Oktoberfest bermula pada 24 September lalu di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan acara kemuncaknya berlangsung mulai semalam hingga esok di tempat letak kereta One Utama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.