saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/10/2014

Beri penjelasan isu 120 cawangan, jelaskan angka sebenar perwakilan

WONG Yu Liuh menunjukkan salinan kenyataan yang disampaikannya sewaktu sidang akhbar di Sungai Long, Cheras, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng terus didesak tampil menjelaskan angka sebenar perwakilan yang telah hadir mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 29 September tahun lalu.

Bekas Penolong Setiausaha Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Wong Yu Liuh berkata, perkara itu amat perlu selepas didakwa wujudnya pertambahan cawangan baharu dalam pemilihan semula itu berbanding pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

"Ketika pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, hanya 865 cawangan dan sebanyak 2,576 perwakilan telah diumumkan, jadi me­ngapa pada pemilihan semula CEC yang berlangsung semasa Kongres Khas pada 29 September 2013 ada penambahan sebanyak 120 cawangan baharu?.

"Adakah perwakilannya sama dengan perwakilan pada pemilihan CEC pada 15 Disember 2012? Maka, Guan Eng, Setiausaha Organisasi, Anthony Loke dan Vincent Wu harus jawab persoalan ini. Juga mengapa mereka gesa Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan pendaftaran?.

"Kami ahli sungguh berasa keliru dan mahu penjelasan yang konkrit mengenai perkara ini. Jangan berdiam diri sebab isu 120 cawangan ini sudah menjadi cerita hangat dan sungguh memalukan," katanya dalam sidang akhbar mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Menurut Yu Liuh, isu dakwaan 120 cawangan itu perlu diselesaikan dengan segera demi menjaga maruah parti dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi.

"Kami masih sayang pada parti. Jika benar perwakilan daripada 120 cawangan yang belum disahkan oleh ROS telah mengundi pada 29 September 2013, jadi apa yang dikatakan tentang CEC masih tidak sah adalah betul.

"Justeru, jika benar CEC tidak sah, maka parti kita harus me­ngadakan satu pemilihan baharu mengikut Perlembagaan DAP. Jangan malukan parti lagi," katanya.

Yu Liuh berkata, ROS tidak pernah memaklumkan bahawa DAP tidak sah sebaliknya hanya pemilihan CEC parti berkenaan belum disahkan sejak 29 September 2013.

"Jadi, kami tahu CEC tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan sejak 29 September 2013 dan berharap kepimpinan tertinggi yang bertanggungjawab itu harus selesaikan isu ini secepat mungkin dan jangan menuding jari kepada pihak lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.