saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/10/2014

Tiada unsur hasutan - Azli

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad menegaskan bahawa kenyataannya tidak mempunyai sebarang unsur hasutan ketika mencadangkan pemansuhan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini kerana sekolah tersebut dilihat menjadi medium pembangkang dalam menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker tidak perlu membuang masa berkeras membuat laporan polis sebaliknya memikirkan jalan keluar kepada polemik politik kotor yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang terutamanya kepada generasi muda.

Berikut adalah kenyataan penuh Mohamad Azli:

1. Kenyataan saya tidak berunsur hasutan dan saya tidak menyalahkan Lian Ker kerana kurang memahami Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa Cina diiktiraf sebagai bahasa ibunda sahaja tetapi bukan bahasa untuk semua mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Sains dan Matematik. Oleh itu, bahasa Cina boleh diiktiraf sebagai mata pelajaran mengikut sistem pendidikan negara.

2. Lian Ker tidak seharusnya membazir masa polis apabila beliau membuat laporan terhadap kenyataan saya. Polis juga hairan apabila beliau membuat laporan dan mereka berasa kasihan terhadap keterbatasan pengadu. Lian ker dan rakan-rakannya sepatutnya memikirkan penyelesaian politik, bukan laporan polis.

3. Pakatan pembangkang telah menyalahgunakan SJKC sebagai platform politik untuk meracuni minda generasi muda membenci kerajaan dengan banyak melakukan pelbagai pembohongan, apatah lagi minda mereka terlalu muda untuk berfikir secara matang dan membezakan perkara yang dusta atau benar. Tindakan kotor seperti ini adalah bersifat tidak adil, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan membawa agenda politik ke dalam bilik darjah.

4. Lian Ker dan kawan-kawannya seharusnya memikirkan cara berhadapan dengan tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada pakatan pembangkang. Jika tiada tindakan pantas yang diambil, maka pemansuhan SJKC dilihat jalan terbaik. Tindakan penyalahgunaan sekolah sebagai medium menyebarkan agenda palsu mereka harus dihentikan dan mereka perlu dihukum. Bahasa ibunda masih boleh diajar sebagai subjek di semua sekolah kerajaan. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa kenyataan saya tidak berunsur menghasut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.