saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

Dua ADUN Pas digantung setahun

DARI KIRI: Hasnul Baharudin, Saari Sungip

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) yang digelar 'barua' dan 'broker' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membelakangi keputusan parti dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor digantung keahlian selama setahun.

Keputusan tersebut yang dibuat berdasarkan Fasal 82(6) Perlembagaan Pas dan berkuat kuasa hari ini diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pas Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi sendiri.

Mustafa berkata, Saari dan Hasnul bagaimanapun boleh merayu terhadap keputusan itu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan parti dengan mengemukakan surat bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari.

Sehubungan itu, menurut Mustafa, kedua-dua pemimpin berkenaan dilarang mewakili Pas dalam sebarang program sehingga tempoh penggantungan tamat, namun mereka masih merupakan ADUN Pas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Kami sudah berjumpa dengan kedua-dua mereka pada 29 September lalu untuk mengambil kenyataan berkaitan kes yang berlaku dan laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat untuk diambil keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Pejabat Agung Pas di sini.

DARI kanan, Mustafa Ali, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub ketika mengadakan sidang akhbar berhubung penggantungan keahlian Pas dua ADUN, Saari Sungip dan Hasnul Baharudin di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Keputusan hanya menggantung kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun menimbulkan persoalan terhadap ketegasan Pas dalam menangani ahli-ahlinya yang membelakangi keputusan parti terutama Majlis Syura Ulama.

Ini berikutan tindakan Saari dan Hasnul sebelum ini yang menyatakan sokongan kepada DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika krisis jawatan itu bermula meskipun Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid.

Tidak cukup dengan sokongan kepada DAP dan PKR, kenyataan susulan kedua-dua pemimpin berkenaan umpama `mencurah minyak ke api' apabila menyatakan kesediaan menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya keputusan itu tidak disokong oleh Pas.

Susulan itu, kemarahan ahli akar umbi Pas terhadap Saari dan Hasnul serta pemimpin tertinggi mereka yang dikatakan tunduk kepada tekanan daripada DAP dan PKR diluahkan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 baru-baru ini sehingga menimbulkan beberapa kekecohan selain timbul desakan supaya tahaluf siyasi Pas dalam pakatan pembangkang dikaji semula.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang mempertahankan Pas turut menggelar kedua-dua ADUN itu sebagai pengkhianat kerana mendakwa tindakan mereka sebagai permulaan kepada ketidakseimbangan dalam Pas.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar tersebut enggan menjawab pertanyaan wartawan mengapa dua ADUN berkenaan tidak dipecat sahaja dari parti.

"Kedudukan ADUN tidak terjejas. Mereka cuma digantung daripada parti, digantung keahlian Pas dan boleh merayu. Status mereka masih lagi ahli Pas dan ADUN Pas, tidak dipecat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.