saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

Medan Inovasi 1Malaysia kerangka dasar MCA

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Konsep Medan Inovasi 1Malaysia yang diperkenalkan MCA sebagai kerangka kerja dasar, bakal merintis hala tuju baharu parti itu dengan merancakkan transformasinya ke tahap lebih tinggi.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia digubal bagi memantapkan dan memacu usaha-usaha perpaduan berteraskan semangat 'teguh bersama' sebagai tunjang kepada pembentukan kekuatan parti berkenaan dan negara.

"Di bawah rangka kerja berkonsepkan Medan Inovasi 1Malaysia tersebut, perbezaan budaya, bahasa dan agama dalam masyarakat majmuk Malaysia bukan lagi satu liabiliti, malah kepelbagaian itu menjadi aset besar kepada negara," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-61 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wisma MCA di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, semangat MCA tetap utuh untuk meneruskan perjuangan dengan azam dan pendekatan baharu selepas dua kekalahan berterusan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu menerusi penilaian terperinci berpandukan kehendak rakyat.

Beliau berkata, usaha peningkatan itu memfokuskan kepada tiga aspek utama sebagai matlamat parti berkenaan iaitu dari segi melangkaui kekuatan politik, ekonomi dan kualiti pendidikan serta kebudayaan.

"Peningkatan dari segi kekuatan politik adalah matlamat paling penting dan menjadi tanggungjawab MCA untuk memimpin masyarakat Cina agar terus berada dalam arus perdana politik Malaysia serta tidak hilang hala tuju mahupun berputus asa terhadap MCA dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Tambah beliau, MCA akan terus mendukung politik kesederhanaan yang diperjuangkan sejak dahulu oleh pengasas parti itu, Tun Tan Cheng Lock, malah Perdana Menteri juga konsisten terhadap konsep tersebut semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan kepentingan sikap saling hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk berbilang kaum yang perlu dipelihara bagi mengelakkan konfrontasi.

Menurutnya, pada masa ini terdapat sesetengah pihak yang gemar mencetuskan fahaman politik berlandaskan kebencian dan memburukkan kerajaan.

"Ini sudah semestinya menjejaskan dan mengancam perpaduan antara kaum serta memberi kesan negatif terhadap keharmonian negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.