saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

MCA lulus enam resolusi, sokong penuh pelan transformasi

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA Ke-61 hari ini meluluskan enam resolusi merangkumi 15 perkara berhubung hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, hal ehwal kerajaan dan keselamatan.

Antara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan ialah pelan transformasi parti dengan gesaan supaya wujud penyertaan padu daripada anggota untuk memperkasa semula parti.

Perhimpunan agung itu juga mahu pandangan mengenai kesederhanaan dan kepelbagaian tamadun diterima guna bersama konsep 1Malaysia dalam menggubal dasar-dasar negara yang lebih majmuk, sederhana, saksama dan berdaya saing.

Bagi resolusi politik, MCA antara lain menyokong kenya­taan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ditolak ekstremisme demi menjaga keharmonian sosial dan negara.

Menyentuh aspek ekonomi, MCA mahu kerajaan menyediakan mekanisme pelaksanaan komprehensif dan jaringan ke­selamatan untuk menyerap impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Kerajaan juga diminta memperbesar saiz dan rangkuman projek rumah mampu milik bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan harga rumah kian meningkat, sekali gus mencapai matlamat pemilikan rumah untuk semua.

Di bawah resolusi pendidikan, MCA menegaskan pendirian parti yang tidak berganjak mengenai hak pendidikan bahasa ibunda sambil menolak desakan berkaitan penghapusan sekolah vernakular.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu juga meminta kerajaan mengambil kira hak semua kaum untuk memelihara dan membangunkan bahasa ibunda dan budaya masing-masing dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Resolusi lain termasuk gesaan pembaharuan dalam perkhidmatan awam supaya lebih telus, efisien dan bertanggungjawab, selain mengurangkan birokrasi dan membasmi rasuah.

Selain itu, MCA menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani tragedi Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH370 dan MH17 sambil meminta rakyat bersatu dalam mempertahan maruah dan integriti negara.

MCA juga menekankan komitmen berterusan untuk memajukan kerjasama Malaysia-China dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Menerusi resolusi ke­selamatan, MCA mahu keupayaan pasukan polis dipertingkat dalam memerangi jenayah dan menyaran usaha berterusan bagi mempertingkat keupayaan bagi melindungi pantai timur Sabah daripada pencerobohan asing.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.