saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

Pas diketepi, tahaluf siyasi tiada erti dalam pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Tahaluf siyasi yang diwujudkan antara pakatan pembangkang dilihat sudah tiada erti terutama kepada Pas apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempedulikan suara parti itu yang bermati-matian menghalang acara Oktoberfest.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, satu-persatu isu berlaku yang memerlukan keputusan tahaluf siyasi di antara parti itu dibuat tanpa persetujuan bersama, malah Pas dilihat sering menjadi mangsa keadaan.

"Apa erti pakatan, tahaluf siyasi yang dibuat? Tiada erti lagi pakatan ini. Satu-persatu perkara berlaku dan DAP, PKR pula memekakkan telinga manakala Pas mula dilihat masih bertunda-tunda dengan mereka.

"Ini tidak wajar berlaku, saya hairan macam mana Pas yang bersungguh-sungguh dalam hal menghalang pesta ini sedangkan dalam pakatan itu sendiri ada yang bertentangan dengan perjuangan Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR yang hadir pada acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya semalam yang menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang yang sering tidak bersefahaman dalam soal agama terutama Islam menyebabkan pakatan itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat dan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam, Pas dilihat paling teruk terkesan.

"Pas telah dinodai, Pas paling rugi. Saya hairan mengapa Pas masih dengan tahaluf siyasinya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap jika Pas benar-benar mahu memperjuangkan agama Islam dan menjunjung Perlembagaan negeri Selangor, parti itu diminta merujuk isu tersebut kepada institusi raja.

Tambahnya, tindakan penganjuran pesta arak besar-besaran berkenaan jelas membelakangkan peruntukan Perlembagaan yang ada di samping terkeluar daripada norma-norma budaya sosial yang dipegang masyarakat seluruhnya.

"Saya percaya pesta arak bukan sahaja tidak disokong penganjurannya oleh umat Islam bahkan kaum lain kerana kesannya amat besar dan boleh membawa kepada aktiviti tidak sihat yang lebih buruk," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.