saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

ADUN Hulu Klang akan buat rayuan

SHAH ALAM 12 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungip yang digantung keahliannya daripada Pas selama setahun berkuat kuasa hari ini, akan membuat rayuan kepada parti selepas dimaklumkan secara rasmi berhubung hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Menurut Saari, setakat ini beliau belum menerima makluman rasmi tentang penggantungan keahliannya dan hanya akan membuat keputusan selepas menerimanya nanti.

Jelasnya, beliau perlu memahami terlebih dahulu tentang penggantungan keahliannya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya perlu faham keputusan penggantungan tersebut serta alasan saya digantung.

"Jika perkara itu benar, saya akan teliti ruang-ruang yang ada untuk membuat rayuan dan sebagainya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Saari dan seorang lagi wakil rakyat Pas iaitu ADUN Morib, Hasnul Baharudin digantung keahlian selama setahun bermula hari ini.

Mereka sebelum ini menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar pada Julai lalu.

Hasnul walau bagaimanapun gagal dihubungi dan SMS yang dihantar kepada beliau juga tidak dibalas sehingga pukul 6 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.