saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/10/2014

Majlis Syura Ulama larang ahli Pas sertai Pasma

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Majlis Syura Ulama Pas melarang ahli parti itu menyertai sebarang aktiviti dianjurkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, kesemua cawangan Pas di setiap negeri dinasihati membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama sekiranya aktiviti Pasma berlaku di kawasan masing-masing untuk diambil tindakan.

"Majlis Syura Ulama memantau dengan penuh prihatin beberapa tindakan mutakhir ini yang dilihat boleh memecah-belah ahli-ahli Pas seperti yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pasma.

"Selaras dengan peringatan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 yang lalu supaya tidak berlaku jemaah dalam jemaah, parti dalam parti maka, Majlis Syura Ulama memberi nasihat kepada ahli-ahli Pas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan arahan pencegahan kepada ahli-ahli Pas negeri itu daripada menyertai Pasma berkuatkuasa serta-merta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.