saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/10/2014

Elaun RM15j: Kenapa Anwar tidak saman Faekah?

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ditempelak kerana hanya mampu berdiam diri tentang dakwaan beliau membuat tuntutan elaun berjumlah RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata, sikap Anwar itu agak menghairankan kerana beliau masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

Menurut beliau, persoalan timbul kerana Anwar lazimnya tidak akan teragak-agak memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadapnya.

"Sebab itulah saya kata, pembangkang bila kena batang hidung sendiri, mereka diam membisu.

"Namun, apabila mencari kesalahan orang lain, merekalah yang akan jadi jaguh sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum itu tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan ketika menjawab celahan Noh semasa beliau membahaskan Bajet 2015.

Beliau sebaliknya mengarahkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) memberi penjelasan tentang dakwaan Faekah itu dalam ruangan yang lain.

Faekah ketika mengumumkan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 22 September lalu turut membangkitkan tentang pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Walau bagaimanapun, pada 1 Oktober lalu, Mohamed Azmin mengekalkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekali gus membatalkan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.