saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/10/2014

SPRM digesa keluar kenyataan berhubung siasatan ke atas Azmin

KUALA LUMPUR 13 Okt. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih menjawat jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pengerusi Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, Hazlan Shaffii Adil berkata, sehingga hari ini, SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun keputusan hasil siasatan yang dilakukan berkaitan dakwaan dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu lain.

"Sehingga kini, SPRM belum lagi mengeluarkan apaapa kenyataan tentang hasil siasatan yang dilakukan, sedangkan perkara ini sudah lama dilaporkan.

"Kami masih menanti keputusan itu bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benarbenar wujud ataupun tidak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beberapa NGO dan individu sebelum ini membuat laporan mendakwa Mohamed Azmin terlibat dalam salah laku rasuah semasa menjawat jawatan tersebut.

Mengulas lanjut Hazlan Shaffii berkata, SPRM perlu telus dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya yang membabitkan pemimpin dalam siasatannya.

"Kami mengharapkan agar SPRM akan memberi jawapan secepat yang mungkin supaya tidak terus menjadi tandatanya kepada kami semua.

"Sekiranya siasatan telah dibuat, kami juga meminta agar SPRM mengemukakan keputusan secara bertulis," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.