saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/10/2014

Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad mencabar pakatan pembangkang untuk membuat penafian terbuka bahawa mereka tidak terlibat dalam gejala 'menjual politik' dalam bilik darjah di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Katanya, berbanding SJKC, beliau langsung tidak mempertikaikan status sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) kerana bersih daripada 'pencerobohan' pihak pakatan pembangkang.

Tegasnya, beliau tidak berniat untuk menghasut, namun tetap dengan pendirian bahawa semua pihak perlu prihatin bahawa pakatan pembangkang telah menggunakan SJKC sebagai landasan politik untuk menyebarkan sentimen negatif terhadap kerajaan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

n Saya tetap dengan pendirian bahawa semua pihak perlu prihatin bahawa pihak pakatan telah menggunakan SJKC sebagai platform politik untuk sebar sentimen negatif terhadap kerajaan.

Saya mohon semua pihak supaya ambil tindakan tegas untuk membendung pelajar-pelajar SJKC daripada diperalatkan oleh pihak yang tidak ada moral dan etika kerana jual politik mereka di bilik darjah.

n Saya cabar pihak pakatan untuk buat penafian secara terbuka bahawa mereka tidak terlibat dalam gejala jual politik di bilik darjah SJKC. Kegiatan tenaga pengajar yang propakatan perlu dikenal pasti dan diambil tindakan tegas dan keras oleh pihak berkuasa. Ja-ngan tunggu nasi jadi bubur.

n Saya langsung tidak persoalkan status SJKT sebab mereka ini bersih daripada pencerobohan pihak pakatan. SJKT tidak digunakan oleh pihak pakatan sebagai platform politik. Saya tidak berniat untuk buat apa-apa hasutan, tetapi apa yang saya katakan adalah atas keperluan politik.

Jika pakatan mahu gunakan SJKC sebagai recruitment center, maka tindakan tegas perlu diambil oleh mereka yang membina SJKC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.