POLITIK
ARKIB : 17/10/2014
Guan Eng jangan lepas tangan
PULAU PINANG 16 Okt. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak bersikap lepas tangan dalam menangani masalah yang dihadapi penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini yang dihalau tanpa pampasan dan rumah ganti oleh pemilik tanah.
Pengerusi Pertubuhan Sahabat Alam Maya Malaysia (SAM), Rushdi Abdul Majid berkata, isu berkenaan timbul sejak 2007 ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak sempat diselesaikan kerana pentadbiran negeri bertukar pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Sehubungan, itu menurut beliau, Guan Eng perlu menyelesaikan masalah berkenaan dengan bijak, bukannya melepaskan usaha tersebut kepada pihak lain.
Rushdi berkata, selama ini pakatan pembangkang sering mendakwa kerajaan BN bersikap zalim tetapi hari ini pemerintahan DAP di negeri ini terbukti ibarat 'meludah ke langit'.
"Seharusnya kerajaan negeri lebih peka apabila berhadapan isu perumahan yang merupakan perkara pokok dalam pentadbiran mereka.
"Tetapi setelah lebih enam tahun, mereka dilihat seperti tidak berminat untuk selesaikan isu berkenaan sebaliknya lebih teruja dengan pembinaan rumah mewah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kebimbangan lebih 200 penduduk di Kampung Mutiara yang diusir pemilik tanah tanpa pampasan walaupun perkampungan berkenaan telah wujud sejak 1950-an lagi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dalam kenyataan mendakwa kerajaan negeri tiada kuasa dalam hal berkenaan.
Dalam pada itu, Rushdi mempersoalkan pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak dapat membantu penduduk kampung tersebut yang disifatkan beliau seolah-olah mendiskriminasikan orang Melayu.
"Jika masalah ini tidak ditangani segera, sudah pasti orang Melayu semakin merempat di negeri ini," katanya.
Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?
Gerakan cadang jawatan Presiden 3 penggal
Menteri Besar Selangor nafi tandatangan surat 'kawalan jauh'
Perbincangan laksana hudud dalam fasa terakhir
Penduduk lupakan hasrat minta tolong
Kelulusan projek mewah keutamaan DAP?
Guan Eng jangan lepas tangan
Tetap laksana hudud tahun depan
Siasat pengundi hantu - David
Pemilihan semula CEC MIC selepas siasatan ROS selesai
Mohd. Tamrin sah keluar Pas
Kerajaan PKR Selangor ada kuasa
Dasar DAP hapuskan kampung warisan?
Kampung Mutiara: Kerajaan Pulau Pinang digesa bertindak segera
Pakatan pembangkang dicabar buat penafian terbuka isu SJKC
Pas Kelantan tidak takut DAP
'Bukan DAP, PKR sahaja perintah Selangor'
Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'
Saya belum terima surat penggantungan ahli - Saari Sungib
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












