saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/10/2014

Bila ROS akan dedah hasil siasatan pemecatan Abdul Khalid?

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) dipersoalkan kerana belum mendedahkan hasil siasatan terhadap pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menepati perlembagaan parti itu.

Bekas Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa PKR, Kamarujas Abdullah berkata, ROS perlu menyegerakan siasatan itu kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan memberikan pandangan negatif terhadap institusi tersebut.

"Saya percaya kepada tema ROS iaitu amanah, dedikasi dan berilmu maka, sebagai institusi yang berintegriti mereka perlu menjalankan siasatan dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat yang mahu tahu jawapan sebenar.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada apa-apa kenyataan atau keputusan daripada ROS sedangkan aduan sudah dibuat secara rasmi kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Khalid dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR pada 9 Ogos lalu dengan alasan mengingkari keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), namun ramai pihak melihat tindakan berkenaan sebagai usaha terdesak PKR untuk memastikan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya ketika itu bagi digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan pemecatan itu, pada 15 Ogos lalu, Abdul Khalid telah mengemukakan aduan rasmi melalui peguamnya untuk meminta ROS melakukan siasatan dan sekiranya pemecatan tersebut didapati tidak menepati Perlembagaan parti, pendaftaran PKR boleh dibatalkan.

Hasil aduan berkenaan, ROS telah memanggil Wan Azizah dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 1 Oktober lalu untuk mengambil keterangan namun sehingga kini perkembangan siasatan masih belum diketahui.

Sementara itu, Kamarujas yang juga Ketua Ranting PKR Taman Nirwana, Ampang berkata, pelbagai keraguan timbul dalam pemecatan tersebut antaranya kegagalan Lembaga Disiplin PKR mendedahkan nama enam individu yang bersidang sebelum memecat Abdul Khalid.

"Nama-nama ini perlu diberikan namun PKR tidak mendedahkannya atas alasan rahsia sedangkan itu adalah syarat yang perlu ditepati barulah pemecatan tersebut boleh diterima atau disahkan.

"Perlembagaan PKR sendiri tidak menjelaskan apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan sehingga Abdul Khalid dipecat maka segala-galanya hanya akan diketahui sekiranya ROS tampil memberikan kenyataan," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.