saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 19/07/2013

Tarikan kek lapis Sarawak

Pelbagai kek lapis yang terdapat di Prima Kek Lapis.

SALAH satu daripada kemeriahan menyambut hari raya ialah juadah yang tersedia di atas meja sama ada untuk keluarga mahu pun tetamu serta saudara-mara yang datang berkunjung.

Selain makanan tradisional seperti ketupat, rendang, nasi himpit, lontong serta pelbagai jenis biskut, bagi sesetengah rumah turut menyediakan kek lapis.

Kek lapis merupakan sejenis kuih pemanis mulut yang wajib ada di atas meja di rumah masyarakat Melayu Sarawak, namun semakin ramai masyarakat Melayu di Semenanjung turut menyukai kek ini.

Jika berkunjung ke kedai Prima Kek Lapis di No.G-83, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, pasti kagum melihat 40 jenis kek lapis Sarawak yang pelbagai warna, cantik dan halus buatannya.

Menurut pemilik kedai, Kassim Lee, antara yang terdapat di kedai itu ialah kek lapis keju coklat, coklat Cadbury, masam manis, blueberi keju, nescafe cappuchino dan banyak lagi.

Namun yang paling sedap dan mendapat permintaan ramai ialah kek lapis blueberi kerana ia antara salah satu kek yang dibuat menggunakan mentega tulen.

Kassim menambah, kek-kek lapis yang terdapat di kedainya dibuat oleh dua pakar membuat kek lapis, Sabariah Jaini dan Nomie Aziz di kilang yang terdapat di Selayang dan Kapar, Klang.

Menceritakan bagaimana bermulanya kedai Prima Kek Lapis ini, Kassim yang merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam Istana Budaya berkata, semasa bekerja, beliau gemar memberi kawan-kawan mencuba makan kek lapis yang dibawanya.

"Ketika itu saya hanya menjual secara sambilan. Ternyata kawan-kawan menyukai dan melihatkan sambutan yang bagus, saya memberanikan diri meletak jawatan dan memulakan perniagaan kek lapis ini.

"Kini saya sepenuh masa di sini membuat tempahan dan jualan kepada pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai. Saya lihat ramai yang menyukai kek lapis ini kerana setiap hari ada sahaja pelanggan yang masuk untuk membeli,'' ujar Kassim yang berasal dari Betong, Sarawak.

Tambah beliau, kek lapis yang seberat 700 gram dijual pada harga di antara RM25 hingga RM42 sementara kek lapis 2.5 kilogram berharga di antara RM90 sehingga RM170.

Jelasnya, kek lapis yang diletak di luar peti sejuk boleh tahan sehingga satu minggu manakala jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak dipotong, boleh tahan sehingga enam bulan.

"Di Sarawak, kek lapis memang terhidang di atas meja sepanjang masa semasa hari raya dan tidak disimpan di dalam peti sejuk. Mereka berlawan-lawan sesama sendiri untuk mempastikan kek lapis siapa lebih sedap dan paling halus coraknya.

"Tetamu yang datang mesti menjamah kek lapis tuan rumah dan kemudian membandingkan dengan kek lapis rumah lain. Pendek kata masing-masing hendak menunjukkan kebolehan sendiri kerana mereka sendiri yang membuat kek lapis tersebut,'' kata Kassim yang menyediakan beratus biji kek lapis untuk dijual pada hari raya ini.

Menurut Kassim lagi, sejarah kek lapis bermula di Betawi, Indonesia, pada sekitar tahun 70-an dan 80-an dahulu.

Katanya, orang Betawi datang ke Sarawak dan mengajar masyarakat di sana cara membuat kek Betawi rempah.

Namun orang Sarawak yang kreatif menambah perisa, corak dan bahan-bahan yang dicampurkan dan terhasil kek lapis seperti yang ada kini dan dinamakan kek lapis Sarawak.

"Bagaimanapun kek lapis Sarawak ini terlalu manis. Bagi mereka yang tidak suka atau tidak boleh makan manis, boleh makan kek Betawi kerana campuran rempah yang terdapat di dalamnya mematikan gula,'' tambah beliau.

Kassim menjelaskan, populariti kek lapis Sarawak kini sudah menjangkau jauh dan penggemarnya tidak perlu lagi ke negeri itu untuk membelinya.

Beliau turut mempelawa mereka yang ingin menjadi pengedar dengan menghubunginya di 019-2003738 atau membuat pembelian dan tempahan melalui dalam talian www.primakeklapis.info.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.