saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 06/08/2013

Imaginasi pemandangan dinding

Hasmizan Adham menunjukkan antara corak mural yang ditawarkan.

BERBANDING hiasan kertas dinding yang coraknya lebih statik dan berulang-ulang motifnya, mural lebih kepada hiasan dinding berbentuk lukisan, pemandangan, bunga-bungaan atau apa sahaja yang difikirkan senada dengan emosi dan kehendak penghuni rumah.

Menurut pengusaha mural Syurga Jendela Collection, Norzihan Mohd. Nasir, 37, kaedah itu bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan dinding, namun bertindak sebagai pelengkap yang memberikan kesan lebih menarik kepada ruang berkenaan.

Mural juga kata Norzihan boleh membantu menyerikan ruang dengan menjadikannya lebih luas, menenang dan mendamaikan serta santai.

Ini ditambah lagi dengan gaya susun atur perabot yang menjadikannya seolah-olah satu ruang yang tersendiri yang membolehkan tuan rumah berimaginasi.

"Setakat ini permintaan untuk pemasangan mural di dinding-dinding rumah semakin mendapat sambutan dalam kalangan penggemarnya, ditambah dengan musim perayaan menjadikan kami menerima sekurang-kurangnya 10 tempahan dalam sebulan," jelasnya yang sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa,

Norzihan yang dibantu oleh suaminya, Hasmizan Adham, 39, merupakan usahawan gigih yang bermula dari bawah.

Selain memasarkan mural, ibu kepada tiga anak berusia sembilan dengan 14 tahun itu juga memasarkan langsir pintu dan tingkap, lantai kayu, permaidani dan kertas dinding di bawah jenama Syurgajendela sejak sepuluh tahun dahulu di Pekan Meru, Klang.

Mempunyai enam pekerja tetap untuk pemasangan dan jahitan, pasangan yang berasal dari Klang dan Sekinchan itu juga boleh memberi khidmat nasihat berkaitan hiasan dalaman dan susun atur perabot di kediaman pelanggan.

Pemandangan menghijau di dinding rumah seperti ini pasti mendamaikan.

Memberitahu lanjut, Norzihan menambah sebagaimana langsir, mural juga didatangkan dengan dua, empat atau lapan panel dengan ketinggian dan lebar 12 X 8 kaki (bagi yang terbesar), iaitu mencakupi satu bahagian dinding yang mahu diletakkan mural.

"Bahan-bahannya diimport khas dari Jerman dan kepada sesiapa yang berminat mereka perlu melihat contoh-contoh mural yang telah dimuat turun ke dalam facebook atau datang sendiri ke kedai untuk memilih yang terbaik.

"Pun begitu seeloknya untuk mendapatkan impak yang berkesan ke atas dinding, mural dicadangkan dilekatkan dengan kertas dinding sebagai bingkai," jelas Norzihan.

Berbeza dengan cat, mural boleh tahan selama 10 tahun tanpa pudar, bertompok atau mengelupas. Sebelum kerja-kerja pemasangan, dinding berkenaan akan dibaik pulih terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan tampalan yang baik dengan kerja-kerja pemasangan hanya mengambil masa dua jam sahaja.

Dalam pada itu, Norzihan menjelaskan biarpun perniagaan muralnya dimulakan pada tahun lalu, permintaan daripada orang ramai memang menggalakkan kerana ia merupakan trend terkini dan yang paling mendapat sambutan adalah gambar-gambar berbentuk pemandangan.

"Memandangkan harganya tidak mahal iaitu sekitar RM800 mengikut saiz, amat berbaloi untuk mendapatkan hiasan seperti ini sekarang demi kepuasan diri," katanya yang boleh dihubungi di talian 012-686 0350 atau www.syurgajendela.blogspot.com. - ROSMAH DAIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.