saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 06/08/2013

Yan dapat pujian di IFF

Yani Bachtiar melayan setiap pertanyaan pelanggannya.

Pelbagai rekaan pakaian Muslimah oleh Yans Creation.

TIDAK pernah menyangka, penglibatan buat pertama kali sempena Festival Fesyen Islam (IFF) Kuala Lumpur baru-baru ini mendatangkan tuah apabila rekaannya mendapat pujian dan sambutan di luar jangkaan.

Mengikut tema yang diberikan, Khazanah Laut, Yans Creation merupakan antara daripada 40 pereka fesyen tempatan yang mengambil bahagian sepanjang festival berlangsung.

Sememangnya ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai pereka fesyen Muslimah, pemilik Yans Creation, Yani Bachtiar, melihat tahun ini sesuai untuk dirinya melibatkan diri dalam IFF.

Mengakui pernah mendapat jemputan sebelum ini, bagaimanapun Yani atau lebih mesra disapa Yan memberitahu dirinya belum bersedia untuk menyertai festival berprestij itu sebelum ini.

Tahun ini, Yan menyatakan dirinya sudah bersedia sepenuhnya untuk melibatkan diri secara langsung dan seterusnya membawa rekaannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Dia yang ditemui di premis perniagaanya di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur, baru-baru ini begitu terharu apabila percubaan kali pertamanya mendapat sambutan yang tidak pernah terduga olehnya.

"Alhamdulillah, penyertaan kali pertama ini mendapat perhatian daripada semua pihak termasuklah tetamu-tetamu kehormat yang hadir.

"Sekurang-kurangnya saya tahu dengan penyertaan Yans Creation dalam IFF ia sedikit sebanyak berjaya mencuri tumpuan para tetamu.

"Saya sama sekali tidak menyangka rekaan yang dihasilkan akan mendapat sambutan sebegini. Selepas ini saya berazam untuk menyertai IFF sekiranya dijemput dan tidak akan melepaskan peluang," ujarnya.

Menampilkan enam koleksi yang direka dan dijahit sendiri, Yan memberitahu kesemua rekaannya dihasilkan daripada kain baldu.

Tidak hanya setakat itu, Yan turut memberi sentuhan dengan gabungan pelbagai aksesori untuk disuaipadan dengan rekaan serta tema yang diberikan.

Berbicara lanjut mengenai IFF, Yan berpendapat ini merupakan satu tapak untuk mengetengahkan pereka-pereka muda.

Bukan itu sahaja, secara tidak langsung rekaan masing-masing juga boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.

Bercerita mengenai rekaan dan butiknya, Yan dengan gembira menyatakan bahawa segala pakaian yang dijual di butiknya, 90 peratus hasil rekaannya sendiri.

Mempunyai kilang yang menjahit segala rekaannya, Yan berkata, dia lebih suka mereka sendiri fesyen yang ditampilkan untuk dipasarkan.

Ini kerana dia sememangnya meminati bidang tersebut sejak dari kecil lagi dan sudah pasti tidak akan mensia-siakan segala ilmu pengetahuan yang dia ada untuk direalisasikan.

Dalam usaha untuk berkongsi ilmu dan rezeki, Yan kini mengusahakan perniagaanya bersama sesiapa sahaja yang ingin menjadikan dirinya sebagai rakan kongsi.

"Bidang fesyen ini merupakan satu bidang yang amat menguntungkan kepada sesiapa sahaja yang menceburinya.

"Tetapi ia mestilah disusuli dengan minat serta ingin berjaya kerana sekiranya kita bersungguh-sungguh ia mampu menembusi pasaran antarabangsa.

"Insya-Allah dengan sistem perkongsian yang dilakukan secara tidak langsung saya turut memberi latihan dan didikan kepada mereka dalam bidang ini," tuturnya lagi.

Bakal mengikuti IFF di London pada Oktober ini, Yan turut berkongsi cerita di mana kini rekaannya juga boleh diperoleh di Sydney, Australia.

Berkongsi modal bersama salah seorang rakannya yang tinggal di sana, Yan menyatakan ia merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan memandangkan ia merupakan pasaran antarabangsa.

Selain Sydney, Yan turut mempunyai seorang lagi rakan kongsi di Singapura.

Yang pasti, tahun ini Yan ingin memastikan segala impiannya tercapai di samping berkongsi ilmu dan pengalamannya bersama bakat-bakat muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:05
Zuhur 1:26
Asar 4:48
Maghrib 7:23
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.