saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 06/08/2013

NSTC latih usahawan

Mentor memberi penerangan mengenai program NSTC kepada yang berminat.

SESEORANG yang ingin bergelar usahawan bukan sahaja perlu mengisi diri dengan pengetahuan malah harus melengkapkan diri dengan kemahiran dalam bidang yang dipilih.

Sesetengah pusat latihan yang menyediakan pelbagai kursus dan latihan hanya setakat memberikan ilmu secara teori dan tidak praktikal.

Namun berbeza dengan New Skills Training Centre (NSTC) yang selain memberikan ilmu pengetahuan juga menyediakan latihan intensif dalam bidang kerja yang memerlukan kemahiran integrasi yang tinggi.

Ini bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang-bidang yang berkenaan ke arah memenuhi sebahagian daripada keperluan industri negara.

Menurut Pengarah NSTC, Nik Zuraini Mohd. Nor, NSTC ingin menjadi peneraju dalam menyediakan kemahiran terbaik bagi keperluan pembangunan kerjaya dan ekonomi di Malaysia.

Beliau yang ditemui pada Program Penerangan Kerjaya dan Keusahawanan Bersama Mentor di ibu negara baru-baru ini menambah, NSTC ditubuhkan sebagai inisiatif Koperasi Belia Nasional Berhad (Kobena) bagi menyediakan sebuah pusat latihan kemahiran di bidang kemahiran gunaan berteraskan keusahawanan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Malaysia.

Seramai kira-kira 100 orang hadir mendengar penerangan yang diberikan oleh pihak NSTC dan badan-badan kerajaan yang dijemput.

Kata Nik Zuraini, wang sahaja belum mencukupi bagi melayakkan seseorang itu untuk berjaya sebagai usahawan tanpa ilmu dan kemahiran.

''Justeru, di NSTC kami menggunakan konsep pementoran di mana mentor yang terpilih yang berjaya dalam bidang masing-masing akan memberikan bimbingan kepada pelatih-pelatih mereka.

''Sesetengah pusat latihan hanya memberikan perhatian kepada pelatih ketika pelatih sedang mengikuti kursus tetapi di sini pelatih akan dipantau sehingga mereka menceburi bidang pekerjaan.

''Bila-bila masa sahaja mereka memerlukan bantuan daripada segi khidmat nasihat dan sebagainya, mereka boleh datang ke NSTC. Selain itu kami akan membantu mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada Tekun dan agensi lain,'' jelas Nik Zuraini lagi.

Katanya, terdapat sebanyak 12 program latihan kemahiran yang disediakan, iaitu keusahawanan kiosk, lepas bersalin, tata rias kecantikan, solekan wajah, rawatan badan dan rawatan muka, waxing dan treading, spa rambut dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.