saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 02/09/2013

Bukan sekadar minuman

Ahmad Daniel Ariffin (tengah) bersama beberapa pengedar kopi Ranggi.

PENGGEMAR minuman kopi mempunyai sebab untuk mereka memilih jenama tertentu di pasaran sama ada kerana cara memproses, aromanya, khasiat dan mungkin juga kandungan tambahan di dalamnya.

Sehubungan itu, pelbagai jenama kopi yang terdapat di pasaran menawarkan pelbagai kelebihan tersendiri bagi menarik penggemarnya dan dengan itu, pengeluar berlumba-lumba menghasilkan sesuatu yang mempunyai daya tarikan.

Terkini, jenama Ranggi muncul di pasaran dengan tawaran lebih menarik yang mana penggemar kopi tidak perlu ragu dengan menikmati tersebut

Ranggi dikeluarkan oleh syarikat tempatan L12 Ventures Sdn. Bhd. sejak beberapa tahun lepas, jenama minuman halal berasaskan kopi yang ditawarkan kepada penggemarnya

''Saya sebagai seorang usahawan muda terpanggil untuk untuk menghasilkan Kopi Ranggi ini yang dihasilkan dengan kajian bersama TPM

Biotech serta mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," kata Pengarahnya, Ahmad Daniel Ariffin.

Menurut Ahmad Daniel, beliau menceburi dan membina perniagaan Kopi Ranggi ini melalui pengalaman dalam perniagaan kopi sebelum ini dan menganggapnya sebagai satu fardu kifayah selain mengetahui kopi merupakan komoditi terbesar di dunia.

''Walaupun banyak jenama kopi di pasaran tetapi produk kami selain sebagai minuman harian, kami lebih mementingkan penyediaaan untuk kesihatan.

''Oleh itu, hasil dari formula warisan, saya juga mengikuti perkembangan semasa dalam industri minuman, oleh itu dengan campuran buah pelaga, herba dan goji yang amat banyak di negeri China ia mencetuskan persediaan minuman untuk kesihatan dan tenaga," katanya.

Difahamkan buah pelaga digunakan sejak zaman berzaman lagi yang mempunyai khasiat begitu tinggi.

Ahmad Daniel berkata, modal permulaan untuk mencetuskan Kopi Ranggi ini dianggarkan RM500,000 dan ditambah lagi dengan RM1.6 juta untuk proses penyelidikan, pembelian bahan mentah, pengiklanan dan sebagainya.

''Saya yakin produk ini sesuai digunakan untuk bumiputera, Melayu dan Islam," katanya.

Pada masa kini Kopi Ranggi dipasarkan dengan tiga perasa iaitu pelaga, herba dan goji.

Beliau berkata, buah goji dibawa dari China dengan dengan harga RM320 sekilo dan buah pelaga dibawa dari India dan diformulasikandengan kesesuaian penggemar kopi negara ini untuk lelaki dan wanita.

Syarikatnya membawa biji kopi yang diimport dari Brazil setelah dibuat kajian selama dua tahun dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan kajian dijalankan bersama Technology Park Malaysia (TPM) menerusi anak syarikatnya, TPM Biotech.

''Kopi Ranggi adalah kelazatan kopi sebenar kerana ia diperbuat daripada pati kopi dan bukan perisa yang tidak memberi apa manfaat, walaupun harganya tinggi sedikit kerana ia bukan setakat minuman harian tetapi ia turut memberi manfaat kepada kesihatan.

''Paling penting kesemua bahan digunakan dalam penghasilan kopi ini mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.