saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 20/09/2013

Untuk rekaan cantik, bermutu

Corak dan warna fabrik tribal yang terang dan memikat.

CORAK dan jenis fabrik yang cantik serta berkualiti antara kriteria yang menjadikan sesuatu rekaan fesyen nampak cantik, eksklusif dan mahal.

Fabrik mewah seperti sutera, krep, syifon, kapas satin dan banyak lagi merupakan antara yang digunakan dan menjadi pilihan pereka-pereka fesyen.

Bagi kebanyakan pereka fesyen, mutu rekaan menjadi perkara penting bagi mereka kerana ini mencerminkan nama pereka itu sendiri.

Apabila memilih fabrik untuk sesuatu rekaan, perkara pertama yang dilakukan ialah mencari corak dan kemudian melihat pula pada jenis fabrik. Corak yang cantik sahaja tetapi dibuat pada fabrik yang kurang bermutu, sesuatu rekaan fesyen itu tetap tidak akan menonjol.

Dalam hal ini Anggun Eksotika Enterprise menitikberatkan corak, warna dan jenis fabrik apabila hendak menghasilkan sesuatu rekaan.

Mengambil kira pandangan dan permintaan pelanggan, butik itu banyak menghasilkan rekaan fesyen terkini yang menarik, eksklusif, cantik dan sesuai dengan pelanggannya yang terdiri daripada golongan berusia 20-an ke atas.

Rofidah Ismail selaku pemilik butik itu berkata, rekaan fesyen seperti maksi atau jubah dipilih daripada fabrik kapas bermutu tinggi yang dibeli sendiri di India.

Sebab itu, beliau bebas untuk memilih corak-corak yang cantik dan terkini untuk pelanggannya yang kebanyakannya telah menjadi pelanggan tetap.

Selain maksi kapas, turut boleh diperoleh ialah maksi fabrik syifon yang lebih lembut dengan warna-warna pastel dan terang, blaus, baju kurung dan baju sepasang bersama kain potongan A atau duyung.

Menurut Rofidah, koleksi itu sesuai digayakan untuk semua peringkat umur sama ada ke pejabat, majlis keramaian, kenduri, perkahwinan atau resepsi di hotel.

Tidak mahu membuat rekaan yang rumit dan selesa dengan rekaan yang ringkas, itu sudah memadai kata Rofidah kerana corak fabrik sudah cukup menarik dan cantik.

Selain menghasilkan koleksi fesyen yang telah siap, Rofidah turut mempunyai beratus-ratus corak fabrik yang dijual. Antaranya corak flora, geometrik, paisley, pua dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.