saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 20/09/2013

Piza pedas

Shamsul Amree Abdul Rahman (kiri) menunjukkan piza terbaharu keluaran Domino's Pizza.

PENGGEMAR makanan Itali pastinya sudah biasa dengan piza yang dihidangkan bersama sos tomato, lapisan keju, ayam dan makanan laut.

Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam hidangan piza, bolehlah mencubanya di Domino's Pizza kerana Domino's telah memperkenalkan tiga hidangan piza terbaharu berintikan sos sambal istimewa dan menepati cita rasa semua kaum di Malaysia.

Tiga piza tersebut, Pizza Sambal Veggie, Pizza Sambal Surf & Turf dan Tropical Sambal Prawn mengabungkan rasa pedas dan masam.

Timbalan Pengurus Besar Domino's Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman berkata, selain rasa pedas dan masam, sos sambal Domino's juga ditambah dengan rasa manis bagi membuka selera rakyat Malaysia.

"Sambal adalah satu daripada perisa yang begitu dekat dan sebati dengan Malaysia kerana boleh dikatakan semua kaum di negara ini mengemari sambal.

"Kita telah mencari ramuan terbaik untuk mendapatkan resipi sambal yang benar-benar menepati cita rasa orang Melayu, Cina dan India dan akhirnya Domino's telah tampil dengan tiga piza sambal baharu yang diyakini akan mendapat sambutan," katanya ketika melancarkan piza sambal berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Shamsul Amree berkata, walaupun sambal itu pedas, pelanggan yang menikmati piza tersebut tidak akan berhenti menjamahnya kerana kepedasan sos sambal itu diseimbangkan dengan rasa masam dan manis.

Katanya, Pizza Sambal Veggie dihidangkan dengan sos sambal dan sayuran hijau seperti cendawan, lada benggala hijau, bawang besar, buah zaitun dan tomato ceri.

Dalam pada itu, Pizza Sambal Surf & Turf pula disediakan dengan mengabungkan udang yang diperap dalam rempah ratus dan herba, manakala Tropical Sambal Prawn dihidangkan dengan sos sambal, perapan udang dan nanas segar.

Ketiga-tiga piza sambal itu boleh didapati di semua restoran Domino's Pizza dalam dua saiz.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.