saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 29/09/2013

Bermula dari bawah

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidak perlu berfikiran terlalu jauh, andaikan saja suami kehilangan kerja sekurang-kurangnya dengan kemahiran yang ada sedikit sebanyak kita sudah tahu mencatur masa depan

SETIAP wanita harus mempunyai kemahiran yang mampu menjana pendapatan agar tidak meletakkan diri mereka dalam situasi terlalu bergantung kepada orang lain," tegas Suzana Khalek.

Bagi penghias ruangan Diari Panca kali ini, keadaan tersebut jadi lebih mudah apabila wanita tidak kira bekerja mahupun suri rumah semakin mempunyai lebih banyak pilihan dan kebebasan dalam mencorak kehidupan mereka.

Katanya, dengan berdikari bukan bermaksud menidakkan peranan atau sumbangan suami bagi mereka yang telah berumah tangga, tetapi lebih kepada memikul tanggungjawab bersama.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidak perlu berfikiran terlalu jauh, andaikan saja suami kehilangan kerja sekurang-kurangnya dengan kemahiran yang ada sedikit sebanyak kita sudah tahu mencatur masa depan," ujarnya..

Jalan paling mudah katanya, adalah dengan membentuk perniagaan sendiri biarpun sekadar menjual kuih ataupun menjadi pengedar jualan langsung.

Memberi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri, wanita ini memulakan perniagaan produk kecantikan tiga tahun lalu kerana minat dalam bidang ini dan pada masa sama mahu membantu golongan wanita lain.

''Pengetahuan dalam bidang perniagaan waktu itu memang kosong. Tapi saya belajar dari bawah dan tidak segan bertanya pada kawan-kawan," ujarnya.

Sebagai 'orang baru' Suzana mengakui, dia terpaksa bekerja keras untuk membuktikan kebolehan dan mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan.

Membantu wanita''Sebelum lahirnya produk Annisue, saya telah melakukan kajian sehinggalah saya berjumpa kebaikan ekstrak tumbuhan laut untuk anti penuaan. Saya mahu membantu wanita memahami pentingnya penjagaan kecantikan.

"Jika seseorang itu mengambil sikap sambil lewa dan menunggu saat akhir untuk membaik pulih kulit, ia ternyata akan mengundang kerugian.

"Ini kerana kulit yang mencecah usia 40 tahun ke atas sudah hilang tenaga untuk bertindak balas terhadap apa saja rawatan ke atasnya," katanya yang percaya produk daripada bahan semula jadi baik untuk kulit.

Ternyata usaha Suzana berhasil apabila produknya mendapat Anugerah Teknologi dan Kualiti Antarabangsa 2007 di Geneva.

Menampilkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah, formula produk ini menumpukan kepada ekstrak tumbuhan laut yang telah menjalani proses rumit bagi memberangsangkan selnya kepada satu transformasi hebat yang mewujudkan sel baru dikenali sebagai 'callus".

Berbeza dengan produk kolagen lain, Annisue membekalkan stem sel daripada tumbuhan laut yang boleh memperbaharui sel-sel kulit mati dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.

KualitiPun begitu, kejayaan tersebut bukan bermakna Suzana boleh berbangga kerana baginya, dia mahu menghasilkan produk tempatan yang mempunyai kualiti sama dengan produk antarabangsa.

Dalam pada itu, prinsip kesabaran dan keikhlasan dalam berniaga rupanya membuahkan hasil yang manis.

Belum mahu dianggap sebagai usahawan berjaya, Suzana mempunyai perancangan jangka panjang dalam bidang yang baginya semakin mencabar, tetapi amat menarik untuk terus diterokai.

Katanya, mengharungi dunia perniagaan, daripada bertatih beliau kini sudah boleh berdiri malah berlari hasil pada pengalaman yang ditimba sepanjang jalan.

Malah, Suzana menyifatkan pembabitannya dalam bidang tersebut memberi seribu rahmat apabila dia kini berpeluang menyusun waktu mengikut keperluan sendiri.

''Kita hidup di dunia ini bukan mahu menongkat langit. Di penghujung jalan nanti kita akan bertemu juga Pencipta kita. Walau sesibuk mana bekerja, tanggungjawab pada keluarga dan agama tidak diketepikan," ujarnya penuh makna.

Dalam perniagaan, Suzana bertuah kerana mendapat sokongan moral yang kuat daripada keluarga.

Dalam pada itu, ramai yang mungkin tidak menyangka Suzana mempunyai tiga anak yang sudah melangkah ke alam remaja, kerana penampilannya sendiri seolah-olah masih anak dara. Katanya, sedari remaja dia memang gemar 'melawa' tetapi bukan untuk menunjuk sebaliknya demi kepuasan diri sendiri.

Selain tidur yang cukup, wanita kecil molek ini menjaga pemakanan untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga.

''Tiada petua khusus untuk menjaga wajah, yang penting disiplin. Langkah penjagaan wajah iaitu pembersih, penyegar dan pelembap jangan diabaikan. Seminggu sekali, pemakaian topeng wajah melengkap rutin penjagaan wajah. Setiap hari sebelum keluar rumah saya akan memakai krim wajah yang mengandungi SPF 50.

"Orang kata, kecantikan rohani sangat penting untuk menyerlahkan kecantikan luaran. Sebagai orang Islam, saya yakin bersedekah dapat menyucikan hati kita," ujarnya.

Tidak ketinggalan, Suzana turut mengamalkan petua lama iaitu minum air kosong 30 minit selepas makan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.