saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 28/10/2013

Inovasi terbaik dihargai

Nur Wahidah Wong Abdullah (Tengah bertudung) bersama pegawai YIM dan pemenang Jejak Inovasi Zon Tengah di Cyberjaya baru-baru ini.

Sebanyak enam inovasi yang ditemui sepanjang program Jejak Inovasi Zon Tengah iaitu bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. telah diberi pengiktirafan sebagai penemuan terbaik dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Datuk Muhammad Aziph Mustapha berkata, enam produk inovasi telah terpilih melalui pengadilan panel pakar dari 21 inovasi yang telah dijejaki menerusi program tersebut.

''Enam inovasi terbaik ini merupakan gabungan inovator 1Malaysia, pelbagai bangsa yang bernilai dan berpotensi untuk dikomersialkan,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kejayaan enam inovasi berkenaan yang mendapat pengiktirafan yayasan tersebut pada majlis penghargaan yang diadakan di Cyberjaya baru-baru ini.

Program Jejak Inovasi Zon Tengah dan sebuah lagi program yang dianjurkan (YIM) dengan kerjasama Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI) iaitu Projek Linkages telah menunjukkan kejayaan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Program yang bertujuan untuk mengenalpasti inovasi akar umbi diadakan pada 26 sehingga 27 September lalu.

Menerusi Jejak Inovasi Zon Tengah ini, sebanyak 21 inovasi akar umbi berjaya dijejaki.

Pemenang program ini telah menerima hadiah yang merupakan komputer riba Idola 1Malaysia di samping insentif bantuan perundingan tambah-nilai dan khidmat nasihat daripada YIM.

Pada masa yang sama, Projek Linkage turut dianjurkan yang mana sebuah pertandingan kreativiti dan inovasi sosial yang bakal meneruskan kesinambungan petua zaman silam yang diturunkan oleh golongan warga emas kepada generasi muda.

Projek ini memberi peluang kepada golongan belia untuk berhubung dengan golongan warga emas di samping meneroka peluang komersial dan sosio-ekonomi daripada ilmu indigenous yang diperturunkan.

Menerusi program ini, peserta ditawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM14,000 dan para-peserta perlu menyampaikan 'cerita dan petua' menerusi kategori penyampaian dan fotografi terbaik.

Jejak Inovasi juga turut mengiktiraf inisiatif Biji-Biji Design Initiative sebagai pemenang Anugerah Merit Khas kerana inisiatif mereka dalam Projek Kemasyarakatan dan 'Green Initiatives.

Tambahan pula, Biji-Biji Design Initiative menggunakan inovasi 'upcycling' dalam inovasi menggunakan kain rentang terpakai sebagai bahan asas bagi menghasilkan beg pelbagai-fungsi.

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datin Nur Wahidah Wong Abdullah, yang mana program kemuncak bagi pelancaran kedua-dua projek ini yang berlangsung Taman Wetland Putrajaya pada 31 Ogos lalu.

Turut Hadir sama Setiausaha MACRI, Ramesh Pillai serta dan Pengurus Kanan YIM, Sharmila Mohamed Salleh.

Sementara itu, YIM turut mengadakan program Teh Tarik Talk siri yang ke-5 yang menampilkan seorang jutawan hasil perniagaan buah-buahan, Adnan Lee untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai peniaga buah kecil-kecilan sehingga berjaya membuka rantaian kedai yang terkemuka.

Adnan Lee merupakan pengasas rantaian kedai MBG Fruits yang kini terdapat di serata kompleks beli-belah di Lembah Klang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.