saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 28/10/2013

Mesin pemotong kuih

Juruteknik Zull Design Autotronic (ZDA) memulakan kerja-kerja mereka bentuk mesin.

JIKA diteliti, kebanyakan kuih yang berada di pasaran kelihatan tidak seragam bentuknya. Saiz yang tidak sekata menyebabkan ada kuih yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil walaupun dari jenis kuih yang sama.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan pelanggan berasa tidak puas hati kerana harganya tetap sama.

Seperti sedia maklum, jika proses pemotongan kuih dilakukan secara manual , sudah pasti masalah tersebut sukar untuk diselesaikan kerana ia dilakukan oleh tenaga manusia secara manual .

Sukar bagi peniaga untuk mengukur saiz kuih sebelum dipotong kerana ia akan mengambil masa yang lama.

Melihat situasi ini, Zull Design Autotronic (ZDA) telah muncul dengan jalan penyelesaian yang bijak dengan penghasilan mesin pemotong kuih.

Mesin ini mampu memotong kuih dengan sekata dan menjimatkan masa sekali gus dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran.

Dengan adanya mesin ini, ia dapat membantu para peniaga dalam proses pembuatan kuih mereka setiap hari.

Bagaimanapun seperti juga mesin - mesin yang diketengahkan sebelum ini, tawaran kepada pengguna bergantung kepada tempahan atau permintaan mereka.

Dengan kata lain, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada atau berada dalam sedia untuk digunakan.

Mereka yang berminat boleh datang sendiri ke pejabat ZDA di Sungai Choh Rawang untuk mengadakan perbincangan dengan wakil syarikat atau pengasasnya sendiri Zulkifli Haron.

Pengguna juga boleh mereka cipta mesin tersebut mengikut keperluan dan kehendak mereka sendiri.

Dengan cara tersebut dapat membantu mereka untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada pelanggan dan keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.