saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 04/11/2013

Mesin penghancur ais

Mesin dapat menghancurkan ais kepada bentuk ketul menggunakan kaedah semiautomatik.

MINUMAN sejuk dan berais sangat menyegarkan kerana dapat menghilangkan rasa dahaga dalam keadaan cuca yang panas terik.

Pelbagai jenis minuman yang boleh dihasilkan dengan menggunakan ais.

Antaranya ialah air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC , cendol dan banyak lagi.

Rasanya yang sejuk dan lazat mampu menarik perhatian pembeli.

Cuma, proses untuk menghancurkan ais tersebut agak rumit dan memerlukan tenaga.

Seperti yang sedia maklum, proses untuk menghancurkan ais itu sangat rumit dan memenatkan kerana memerlukan tenaga yang kuat.

Jadi, melihat keadaan ini , syarikat pereka cipta dan pembuat mesin terkemuka tempatan Zull Design Autotronic (ZDA) telah mencipta mesin yang dinamakan mesin penghancur ais yang boleh meringankan beban pengguna ketika ingin menghancurkan ais.

Mesin tersebut mampu menghancurkan ais dalam kuantiti yang banyak tanpa memerlukan masa yang lama.Yang menariknya mesin penghancur ais ini dibuat mengikut kehendak pelanggan.

Seperti yang sedia maklum ZDA cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pengusaha yang berminat berdasarkan kepada kemampuan mereka.

Oleh yang demikian, harganya tidak tetap dan bergantung kepada kemampuan pelanggan daripada segi bajet dan kapasiti pengeluaran.

Dengan itu, mereka yang berminat mendapatkan mesin berkenaan perlu sedia maklum bahawa , ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap.

Pihak pengusaha harus membuat tempahan terlebih dahulu dan pihak ZDA cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan.

Lebih penting, mesin yang ditempah adalah berdasarkan kepada hasil perbincangan antara dua belah pihak dan cara ini amat mustahak mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku apabila mesin telah siap dan sedia untuk digunakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:05
Zuhur 1:26
Asar 4:48
Maghrib 7:23
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.