saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 02/12/2013

Mesin membuat keropok lekor

Keropok lekor adalah antara makanan tradisional yang dikenali oleh semua bangsa.

Malah keropok lekor juga digemari oleh semua golongan kerana rasanya yang enak dan tekstur yang tidak terlalu keras.

Terdapat beberapa jenis keropok lekor yang digemari ramai antaranya ialah jenis keropok lekor yang hanya perlu direbus dan boleh dimakan terus.

Terdapat juga jenis keropok lekor yang perlu digoreng iaitu jenis yang tebal dan nipis.

Malah pelanggan boleh juga memilih sama ada mahukan saiz keropok lekor yang nipis atau tebal mengikut cita rasa.

Namun begitu, proses pembuatan keropok lekor memakan masa yang agak lama kerana adunannya perlu diuli menjadi doh.

Kemudian doh tersebut perlu digentel menjadi panjang sebelum dipotong kecil-kecil.

Proses menggentel perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan doh mempunyai saiz yang sama.

Zull Design Autotronic (ZDA) tampil bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengusaha keropok lekor dan pada keluaran kali ini, ZDA memperkenalkan mesin membuat keropok lekor.

Mesin tersebut dapat membantu pengusaha dalam membentuk dan memotong keropok lekor pada saiz yang sama.

Pengusaha hanya perlu menyediakan adunan sahaja sebelum adunan tersebut dibentuk dan dipotong menggunakan mesin ini.

Penghasilan mesin ini adalah gabungan idea daripada pihak ZDA dan juga pelanggan.

Tujuannya adalah bagi membantu para pengusaha agar dapat menghasilkan keropok lekor dalam kapasiti yang banyak dalam satu masa.

Proses yang lambat juga dapat diubah menjadi lebih pantas berbanding proses secara manual yang akan mengambil banyak masa.

Selain itu, tenaga kerja juga dapat dikurangkan kerana kapasiti yang dapat dihasilkan oleh mesin adalah lebih banyak daripada menggunakan tenaga manusia.

Pelanggan ZDA sebelum ini telah maklum bahawa konsep perniagaan syarikat adalah berdasarkan tempahan atau permintaan pelanggan.

Dengan kata lain ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada dan bergantung kepada tempahan pelanggan. Mereka boleh datang berbincang dengan kakitangan yang berkenaan di Sungai Choh, Rawang Selangor.

Pengguna juga boleh mereka cipta mesin tersebut mengikut keperluan dan kehendak mereka sendiri.

Ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan serta spesifikasi yang dikehendaki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.