saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 09/12/2013

Goreng kerisik lebih banyak

PROSES membuat kerisik keluaran Sujaah Enterprise, di Kuala Kangsar yang dibiayai oleh AgroBank.

Kerisik merupakan rencah yang diperlukan bagi menghasilkan makanan yang enak dalam suatu masakan terutamanya masakan tradisonal yang kaya dengan pelbagai rencah dan rasa.

Antara masakan yang menggunakan kerisik sebagai rencah ialah kurma daging, bubur asyura, rendang dan kari ayam.

Bagi menghasilkan kerisik yang baik, bahan tersebut perlu digoreng dengan suhu yang rendah atau sederhana agar kerisik tersebut tidak hangus.

Kerisik yang hangus akan menghasilkan bau dan rasa yang kurang enak.

Pembeli terutamanya akan membeli kerisik yang baik dan bau yang enak.

Pengusaha perlu menghasilkan kerisik yang berkualiti untuk memberikan kepuasan kepada pengguna.

Hari ini banyak industri kecil dan sederhana (IKS) sama ada berasaskan kelapa atau makanan memanfaatkan kerisik sebagai kandungan penting.

IKS yang kian berkembang pula antaranya kerana pengusaha mempunyai banyak idea dan bahan mentah yang boleh dimanfaatkan sama ada bahan akhir atau rencah masakan termasuk kelapa dan kerisik.

Jika kerisik perlu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak atau komersial, pengusaha tidak boleh lagi menggunakan kaedah tradisonal atau manual kerana cara tersebut agak sukar memenuhi permintaan pelanggan.

Oleh yang demikian, pengusaha perlu menggoreng kelapa parut menggunakan mesin yang sesuai dan menghasilkan kerisik mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna.

Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan mesin penggoreng kerisik bagi memudahkan urusan pengusaha kerisik.

Melalui penggunaan tersebut, pengusaha dapat menjimatkan tenaga kerja kerana penggunaan mesin ini tidak memerlukan ramai pekerja semasa proses menggoreng kerisik.

Malah, pengusaha juga dapat menjimatkan masa kerana dapat menggoreng kelapa parut dalam kuantiti yang banyak pada suatu masa.

Tambahan pula, mesin tersebut beroperasi secara berterusan dan bergerak dengan cara berpusing. Ini mengelakkan hasil gorengan kerisik menjadi hangit dan tidak sekata.

Seperti dalam keluaran sebelum ini , konsep pembangunan mesin IKS ZDA agak berlainan dan istimewa.

Mesin yang dihasilkan oleh pihak ZDA adalah berdasarkan tempahan dan permintaan daripada pelanggan. Untuk makluman, ZDA tidak mempunyai mesin sedia ada untuk dijual kepada pelanggan.

Sebaliknya, ZDA bersedia menerima idea daripada pelanggan dalam penghasilan suatu produk itu mengikut pilihan mereka.

Maka, pelanggan akan berpeluang untuk menempah mesin mengikut spesifikasi, modal dan keperluan mereka sendiri.

Oleh itu, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada pelanggan dari segi keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:05
Zuhur 1:26
Asar 4:48
Maghrib 7:23
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.