saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 30/12/2013

Mesin penghancur untuk serbuk

Hari ini herba-herba dan akar kayu telah diproses dengan pelbagai cara untuk memberikan manfaat kepada ramai pengguna di luar sana.

Akar kayu ini akan diproses dan melalui pelbagai peringkat untuk memberikan keenakan dan kenikmatan yang lebih kepada pengguna.

Kebiasaannya, akar kayu ini akan dihancurkan menjadi serbuk sebelum dimasukkan ke dalam adunan.

Kehalusan serbuk akar kayu ini dapat menentukan rasa yang akan dinikmati oleh pengguna.

Oleh itu, pengusaha herba dan akar kayu akan memerlukan produk yang bermutu tinggi agar dapat menghasilkan serbuk yang halus.

Zull Design Autotronic (ZDA) merupakan sebuah syarikat reka cipta untuk membuat mesin penghancur serbuk untuk pengusaha tempatan.

Mesin ciptaan ZDA sangat mudah diangkut dan dipindahkan mengikut kesesuaian tempat.

Malah mesin ini juga direka mengikut spesifikasi tempahan daripada pelanggan sama ada dari segi bajet, keperluan dan kapasiti pengeluaran.

Dengan ciri-ciri sebegini akan memudahkan pengusaha kerana menepati kehendak semasa.

Untuk makluman, mesin keluaran ZDA ini adalah custom made iaitu syarikat tidak mempunyai mesin penghancur serbuk yang siap untuk jualan atau sedia ada.

Hal ini kerana, pihak ZDA cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan oleh pengusaha.

Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku.

Mesin tersebut boleh digunakan sama ada di kilang atau di ladang dan beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik.

Kesimpulannya mesin ini mampu menjana sumber pendapatan baharu kepada usahawan herba dan akar kayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.