saya nak baca ..

PRODUK


ARKIB : 13/01/2014

Mesin pelepah sawit

Mesin penghancur pelepah sawit digunakan untuk menghasilkan makanan haiwan.

Mesin pemotong pelepah boleh dianggap sebagai mesin dua dalam satu yang sangat praktikal.

Berfungsi untuk memisahkan daun daripada batang dan menghancurkan daun dan juga pelepah untuk dijadikan makanan haiwan.

Mesin tersebut bertindak membersihkan pelepah iaitu dengan mengasingkan daun daripada lidi.

Malah mesin tersebut, direka cipta untuk membantu pengusaha-pengusaha pertanian dalam memotong daun pelepah untuk diasingkan daripada batangnya.

Selain itu, mesin tersebut boleh mengasingkan lidi pelepah dengan batang pelepah.

Lidi tersebut juga boleh digunakan untuk membuat lidi penyapu dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Seterusnya, daun atau pelepah akan dihancurkan menjadi serbuk mengikut kaedah tertentu serta diadun dengan makanan-makanan tambahan lain seperti batang jagung, jerami padi dan kacang soya dan dijadikan makanan bagi haiwan seperti lembu atau kambing.

Mesin ciptaan Zull Design Autotronic (ZDA) sangat mudah diangkut dan dipindahkan mengikut kesesuaian tempat dan mesin yang direka adalah mengikut spesifikasi tempahan daripada pelanggan sama ada dari segi bajet, keperluan dan kapasiti pengeluaran.

Secara tidak langsung, ciri-ciri sebegini akan memudahkan pengusaha pertanian kerana menepati kehendak semasa.

Untuk makluman, mesin keluaran ZDA ini adalah dibuat mengikut kehendak pelanggan. Oleh itu, tiada mesin pemotong pelepah yang siap untuk jualan.

Ini kerana , ZDA cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan oleh pengusaha.

Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku berkaitan dengan mesin.

Mesin pemotong pelepah ciptaan ZDA sangat sesuai untuk menghancurkan pelepah kelapa sawit atau rumput napier untuk dijadikan bahan makanan mentah daripada sumber domestik untuk menghasilkan silaj.

Silaj merupakan bahan makanan ternakan ruminan yang dihasilkan menerusi proses fermentasi aerobik ke atas bahan foder atau sisa pertanian.

Mesin ini boleh digunakan sama ada di kilang atau di ladang. Boleh beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik atau kuasa enjin. Kesimpulannya, mesin ini mampu menjana sumber pendapatan baru kepada usahawan pertanian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.